Sunday 29 July 2012

NOTA PARLIMEN

PARLIMEN

Fungsi parlimen/ badan perundangan negeri dan komponen
Fungsi
- membentang / membahas dan menggubal undang-undag berdasarkan jadual 9 perlembagaan persekutuan
- bersidang tiga atau empat kali setahun

DEWAN NEGARA
- Bahas RUU yang diluluskan di DR
- Semak/ galakkan orang ramai membincangkan RUU
- Boleh memulakan sebarang RUU kecuali RUU kewangan
- RUU kewangan tidak perlu mendapat kellusan daripada dewan negara
- Tidak boleh menolak / tidak boleh meminda RUU tanpa kebenaran DR
- Boleh menangguhkan sesuatu RUU
- - kewangan 1 bulan
- - lain-lain 1 tahun

DEWAN RAKYAT
- Senarai persekutuan / bersama
- Boleh memulakan sebarang RUU
- Mempunyai kuasa mutlak terhadap RUU kewangan

DEWAN NEGERI

- Senarai negeri / bersama /
- Mempunyai kuasa membuat undang-undang bagi perkara-perkara selain senarai tadi jika tiada bantahan parlimen ( kuasa baki )
 Pentadbiran Parlimen / badan perundangan negeri
- Yang dipertua DN – dipilih daripada kalangan ahli DN
- Yang dipertua DR – dipilih daripada kalangan ahli / luar
- TUgas – mempengeusikan mesyuarat / memastikan peraturan dewan dipatuhi / mengawal perjalanan dewan Timbalan YD DN – dipilih dari kalangan ahli DN
- Timbalan YD DR – dipilih daripada kalangan ahli DR
- DUN tiada jawatan Timbalan YD
- Jika YD uzur / tiada dalam negeri tugasnya akan diserahkan kepada timbalannya. /
- Korum – DN – 10 orang DR 26 orang , DUN – 1/3
- Jika bukan ahli dewan beliau tidak boleh mengundi


NOTA Sistem Perundangan Malaysia

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

BAB  – Sistem Perundangan Malaysia

1. perkembangan undang-undang di Malaysia


- undang-undang ialah peraturan yang dipersetujui umum
- tujuan – melindungi , mengatur dan memelihara kehidupan masyarakat agar sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni
- sumber undan-undang Malaysia


- a. Undang-undang bertulis
- B. Undang-undang tidak bertulis

Undang-undang bertulis



1. Perlembagaan - Undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan badan legislatif , eksekutif dan judisiari


2. Statut - Digubal sama ada dalam DUN atau parlimen


3. Akta - Diluluskan oleh parlimen selepas 1959 hingga kini


4. Enakmen - Diluluskan oleh DUN di Semenanjung Malaysia


5. Ordinan - Diluluskan oleh parlimen antara tahun 1948-1959 Diluluskan oleh Sabah dan Sarawak / Diluluskan dalam masa darurat


6. Undang-undang Islam - Bahagian yang dikanunkan sebagai enakmen ( mahkamah syariah )


7. Undang-undang adat Sabah dan Sarawak - Dikanunkan di kedua- dua negeri


8. Ordinan Undang-undang adat bumiputera Sarawak 1946


9. Ordinan pemakaian undang-undang Sabah


10. Perundangan kecil ( subsidiari ) Peraturan/ perintah / surat lain diperbuat mengikut mana-mana perundangan oleh Menteri / PBT dan sebagainya


Undang-undang tidak bertulis


- undang-undang adat , Undang-undang Islam , undang-undang lazim Inggeris , doktrin duluan kehakiman


- mengambil undang-undang adat Melayu tradisional sebagai panduan


- terbahagi kepada 2 iaitu adat perpatih dan temenggung


- perpatih – diamalkan sejak abad ke 17, bersifat matriakal , pemerintahannya lebih bersifat demokrasi , lantik pemimpin , selesai masalah secara muafakat


- adat temenggung- semenjak zaman kesultanan Melaka , bersifat patriokal ,pemerintahan bersifat autokratik / raja berkuasa mutlak / menekankan soal hairaki dalam masayarakat ( raja / pembesar/ rakyat/ hamba )/ bermula dengan pengaruh hindu kemudian pengaruh Islam


- undang-undang adat Cina dan India- mengandungi soal perkahwinan , perceraian ,harta dan sistem kekeluargaan


- undang-undang Inggeris – undang-undang lazim / common law


- keputusan mahkamah – doktrin duluan kehakiman


- undang-undang Islam – undang-undang yang tak dikanunkan / dijadikan sebagai enakmen dan ordinan


Badan perundangan


- badan perundangan persekutuan – parlimen


- badan perundangan negeri –ada 13 buah DUN / tiada di WP KL , Labuan dan Putrajaya


- komponen parlimen – YDA , DN , DR


- komponen DUN – Yg Dipertua / raja dan DUN


- perbandingan YDA , Yg Dipertua negeri dan raja/sultan



Huraian

1. definasi undang-undang


- merupakan set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan perundangan ( badan statut) untuk melindungi , mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial

2. undang- bertullis dan tidak bertulis


 Undang-undang bertulis


- sumber utama u di negara ini


- diluluskan oleh badan


- contoh


- perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri


- akta - yang digubal oleh parlimen sejak september 1959


- enakmen – Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali negeri Sarawak


- ordinan – Undang-undang yang digubal oleh DUN Sarawak


- undang-undang yang digubal oleh Majlis Perundangan persekutuan antara 1946-1959


- undang-undang yang dibuat oleh YDA semasa perisytiharan darurat


- perundangan kecil


- undang subsidiari


- enakmen pentadbiran u Islam


Undang-undang tidak bertulis


- hanya digunakan jika tiada u bertulis dan tidak bercanggah dengan penerimaan masyarakat


- tidak diluluskan oleh badan perundangan


Contoh


- prinsip undang-undang lazim ( common law )


- keputusan mahkamah


- undang- Islam tidak bertulis


- Undang-undang adat ( Cina , India, Bumiputera , Perpatih , dan Temenggung


- Undang-undang Hindu

3. sistem undang-undang orang asli

- sebelum kedatangan kuasa asing , sistem undang-undang telah wujud di kalangan masyarakat orang asli untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan


4. adat perpatih


- dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang , Sumatera pada abad ke 16


- diwariskan secara lisan melalui peribahasa dan puisi tradisional


- mengikut prinsip matriokal / nasab ibu


- memberatkan waris sebelah perempuan


- menyentuh hal tentang kuasa dan bidang pemerintahan mengikut susunan masyarakat , kaedah hukuman ganti rugi dan warisan harta


- tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu / galakkan antara suku/ inter suku


- sistem pemerintahan lapisan masyarakat


Ketua negeri- Yang dipertian Besar/ Yamtuan Besar


Undang ( ketua daerah )


- Undang Johol


- Undang Jelebu


- Undang Rembau


- Undang Sungai Ujong


Lembaga ( ketua suku kaum )


Buapak ( ketua perut )


Mamak ( ketua keluarga )

- Lelaki berkuasa dalam keluarga saudara perempuan , hal ini menunjukkan bahawa kuasa dan kebolehan lelaki masih dihormati


- orang yang pertama kali melakukan kesalahan diadili oleh kaum kerabatnya dan jika bertaubat dia akan dibuang negeri atau dijadikan hamba abdi


- hukuman dikenakan bersifat mencegah


- pewarisan harta


- harta pusaka – harta perempuan yang diwariskan kepada keturunan perempuan


- Harta dapatan – harta orang perempuan yang didapati sebelum berkahwin


- Harta pembawa


- – harta suami yang dibawa ke dalam keluarga baru setelah berkahwin


- - apabila berlaku perceraian harta ini kekal menjadi milik pihak lelaki


- - jika lelaki tersebut mati harta ini diwariskan kepada anak perempuannya


- Harta sepencarian


- Harta suami isteri sesudah berumahtangga


- Jika berlaku perceraian harta ini dibahagi sama rata


- Akan menjadi harta pusaka apabila sepasangan suami isteri mati


- Jika seseorang wanita meninggal dunia tanpa anak , hartanya akan diwarisi oleh saudara perempuannya


5. adat temenggung


- dibawa masuk dari Palembang , Sumatera


- mengikut prinsip patriarkal / nasab bapa


- banyak menyentuh hal kesalahan jenayah dan hukumannya , peraturan hamba abdi , warisan tanah , hutang piutang dan peranan raja serta pembesar


- dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam


- menggalakkan perkahwinan sepupu


- contoh adat temenggung ialah pada sistem pemerintahan Perak seperti di bawah :


>Sultan


>Raja muda


>Raja dihilir


>Raja kecil besar


>Raja kecil muda


>Raja kecil tengah


>Raja kecil bongsu


( putera sultan yang memerintah )

- tahta kerajaan Perak disandang secara bergilir-gilir antara 3 buah keluarga iaitu:


 >keluarga sultan


> keluarga raja muda


>raja bendahara





- hukuman bersifat pembalasan dan lebih berat


- dalam kes jenayah , saksi adalah penting


- pembahagian harta adalah berdasarkan prinsip patriakal


- contoh buku – Hukum Kanun Melaka , Undang-undang Laut Melaka , Undang-undang Pahang , Undang-undang Johor, Undang-undang 99 Perak



6. Undang-undang Portugis dan Belanda di Melaka


- Portugis memiliki set undang-undang tersendiri di Melaka dan ditadbirkan oleh Ovidor ( hakim besar )


- Rayuan kes boleh dibuat ke Maktab ( majlis ) Keadilan di Goa , India


- Kes sivil dan sebahagian kes jenayah orang tempatan di Melaka akan dibicarakan mengikut adat masing-masing


- Belanda mengikut undang-undang di Jawa atau adat kaum masing-masing


- Rayuan kes boleh dibuat ke Majlis Keadilan Belanda di Betawi



7. Undang-undang zaman Inggeris

- undang-undang di negeri Selat – melalui Piagam Keadilan 1807 , di Pulau Pinang , Melaka dan Singapura


- undang-undang di negeri Melayu Bersekutu – menerima enakmen undang-undang sivil negeri Melayu bersekutu pada tahun 1937


- Undang-undang di negeri Melayu Tidak Bersekutu – menerima enakmen u sivil NMTB pada tahun 1951

8. Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu

- ordinan u sivil dan jenayah diterima di TM sepenuhnya pada tahun 1956


- di Sabah dan Sarawak , Ordinan Undang-undang kecil dan Ordinan U Sawarak dan Sabah diterima mulai pada tahun 1922


- namun demikian Undang-undang adat kaum peribumi masih diakui di Sabah dan Sarawak iaitu masih wujud mahkamah bumiputera


9. Undang-undang Malaysia kini


- Undang-undang bertulis menjadi teras perundangan negara ini


- Undang-undang adat dan Undang-undang lazim digunakan jika tiada u bertulis yang meliputi perkara yang dipertikaikan


- fungsi Undang-undang tidak bertulis semakin berkurang kerana semakin banyak Undang-undang bertulis digubal


- Undang-undang bertulis mengamalkan doktrin duluan kehakiman



Common law (Undang-undang lazim )


- pada awalnya dipraktikkan di Britain


- hakim mengisytiharkan kewujudan undang-undang yang lazim terdapat dalam adat tempatan


- hakim biasanya merujuk kepada keputusan kes yang terdahulunya sebagaai panduan


- hal ini menggalakkan perkembangan doktrin duluan kehakiman


- common law bukan sumber undang-undang yang penting di negara ini


- ianya hanya digunakan apabila :


- tidak terdapat statut (Undang-undang bertulis ) tentang sesuatu perkara yang dipertikaikan di mahkamah


- Peruntukan common law bersesuaian dengan kegunaan tempatan



Perundangan kecil

- digubal oleh kerajaan tempatan


- hanya sesuai bagi kegunaan tempatan


- kelemahan – mungkin diluluskan sewenang-wenangnya oleh PBT dan tidak mempunyai kawalan yang berkesan


Undang-undang subsidiary



- ditetapkan oleh seseorang menteri


- menteri diberikan kuasa untuk membuat undang-undang itu dibawah sesuatu akta




NOTA Bab 2- Perlembagaan

Bab 2- Perlembagaan


1. konsep dan takrif perlembagaan


- sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara
- kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah
- ia mengandungi peruntukan umum mengenai sistem kerajaan , hak asasi dan tanggungjawab rakyat , kewargenegaraan , hak istimewa bumiputera , agama , bahasa dan perkara lain
- undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan
fungsi
- menentukan corak pemerintahan dan hak asasi rakyat sesebuah negara
- menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap dan adil
- memastikan wujudnya keamanan
- menjadi panduan kepada pemerintah
- mengesahkan segala tindakan kerajaan
jenis


a. bertulis


- didokumenkan / dibukukan
- parlimen memperolehi kuasa daripada perlembagaan
- kuasa paling tinggi diperuntuk kepada perlembagaan
- undang-undang yang dibuat , digubal dan dipinda tertakluk mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan
- boleh dipinda oleh parlimen
- mudah – 2/3 daripada persetujuan ahli parlimen
- Tidak mudah – melibatkan referendum rakyat terlebih dahulu




b. tidak bertulis


- parlimen boleh membuat , menggubal atau meminda apa jua jenis undang-undang tanpa sekatan
- kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada parlimen
- berdasarkan tradisi , amalan, sikap serta pengalaman politik / terdapat dalam akta yang digubal oleh badan perundangan / berdasarkan keputusan mahkamah
- contoh negara – Britain


2. perlembagaan malaysia – jenis bertulis pindaan perlembagaan


- perlembagaan boleh dipinda dengan sokongan 2/3 daripada jumlah bilangan ahli parlimen
- tak boleh pinda / memerlukan persetujuan MRR/ YDA / YDP Sabah dan Sarawak
perkembagan perlembagaan Malaysia



3.Jenis perlembagaan


1 Kerajaan Kesultanan Melayu Sistem beraja / ketua/ sultan berkuasa mutlak
2 Sistem residen - Semua kuasa pentadbiran , kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama Islam dilaksanakan oleh residen
3 Negeri Melayu Bersekutu – Perak , Selangor, Negeru Sembilan dan Pahang Residen Jeneral – kuasa pemusatan kuasa
4 Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
5 Pengagihan kuasa secara berperingkat mulai 1934
6 Perjanjian Bangkok 1909 Inggeris Meluaskan kuasa di Kedah Perlis Terengganu dan Kelantan

7 Negeri Melayu tidak Bersekutu 1914 Johor Kedah Perlis Terengganu Kelantan menerima pengaruh Inggeris
8 Malayan Union 1946 Kuasa kepada residen Jeneral
9 Persekutuan Tanah Melayu 1948
10 Perlembagaan bertulis 1948 - Diperkenalkan kepada semua negeri Melayu , Pulau Pinang dan Melaka kecuali Johor Perlembagaan Johor 1895 dan Terengganu ( 1911
11 Pilihan raya umum diadakan pada tahun 1955