Sumber-Sumber
Kitar semula
Kitar semula
merupakan satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle”
(kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar
semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Sumber
alam di bumi kita semakin berkurangan pada masa sekarang. Sumber-sumber
tersebut akan kehabisan pada suatu masa nanti.Jadi, program kitar semula
dilancarkan adalah untuk menjimatkan penggunaan sumber alam pada masa yang sama
program ini juga dapat membantu menjimatkan kos. Oleh itu, masyarakat haruslah
mmenyokong program ini dengan sepenuh hati dan kitar semula bahan buangan
kerana perbuatan ini akan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat
mahupun negara.
Penambahan sampah-sarap kian hari kian serius pada masa kini
oleh para pengguna. Justeru itu, bagi mengurangkan jumlah sampah yang dibuang,
program kitar semula telah dilaksanakan. Maka, secara tidak langsungnya, kitar
semula bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan penggunaan sumber alam , ia juga
dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang dihadapi oleh negara kita.
Selain itu, program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan
kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis
Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Oleh itu, keadaan ini dapat mencegah
perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk kerana bahan buangan
dapat dikendalikan dengan baik atas pelaksanaan program kitar semula dan
kesihatan masyarakt juga dapat terjamin.
Antara barangan yang menjadi pilihan program kitar semula
ialah barangan kertas. Sebenarnya, ramai yang tidak menyedari barangan kertas
yang terbuang merupakan sumber alam yang amat bernilai kepada kita semua.
Secara maklum semua, pokok balak merupakan input yang amat penting bagi
industri penghasilan kertas.Bagi menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17
batang pokok terpaksa ditebang. Jadi, fikirkanlah berapakan jumlah batang pokok
yang perlu ditebang jika kita membazirkan kertas dengan sewenang-wenangnya?
Bagi mengelakkan penebangan hutan yang tidak terkawal, barangan kertas yang
terpakai harusnya dikitar semulakan. Perbuatan ini dapat menyelamatkan
pokok-pokok yang semakin hari semakin terpupus di samping itu juga dapat
menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu menguntungkan pengguna.
Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar
semula. Ini dapat mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di
negara kita. Secara tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin
contohnya untuk minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga dapat
mengurangkan kos yang harus ditanggungkan oleh penguasa-penguasa dan akhirnya
sudah tentu harga barangan buatan aluminium yang dijualkan kepada pengguna juga
dapat dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan
kepada mesyarakat.
Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan
murni kerajaan ini. Kerjasama yang erat antara rakyat dan kerajaan adalah amat
mementingkan. Rakyat tidak seharusnya bergantung pada bahu kerajaan sahaja
kerana jika rakyat tidak memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada program
kitar semula yang dilancarkan oleh kerajaan, ini akan membazirkan usaha yang
disumbangkan oleh kerajaan. Oleh itu, “Fikir dahulu sebelum buang” memberikan
mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan negara tetapi juga
dapat menyelamatkan bumi kita.
banyak faedah yang saye dapat
ReplyDeletenice la block nie
Thank you very much for share this topic.
ReplyDelete