Sunday, 29 July 2012

NOTA Bab 2- Perlembagaan

Bab 2- Perlembagaan


1. konsep dan takrif perlembagaan


- sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara
- kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah
- ia mengandungi peruntukan umum mengenai sistem kerajaan , hak asasi dan tanggungjawab rakyat , kewargenegaraan , hak istimewa bumiputera , agama , bahasa dan perkara lain
- undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan
fungsi
- menentukan corak pemerintahan dan hak asasi rakyat sesebuah negara
- menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap dan adil
- memastikan wujudnya keamanan
- menjadi panduan kepada pemerintah
- mengesahkan segala tindakan kerajaan
jenis


a. bertulis


- didokumenkan / dibukukan
- parlimen memperolehi kuasa daripada perlembagaan
- kuasa paling tinggi diperuntuk kepada perlembagaan
- undang-undang yang dibuat , digubal dan dipinda tertakluk mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan
- boleh dipinda oleh parlimen
- mudah – 2/3 daripada persetujuan ahli parlimen
- Tidak mudah – melibatkan referendum rakyat terlebih dahulu




b. tidak bertulis


- parlimen boleh membuat , menggubal atau meminda apa jua jenis undang-undang tanpa sekatan
- kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada parlimen
- berdasarkan tradisi , amalan, sikap serta pengalaman politik / terdapat dalam akta yang digubal oleh badan perundangan / berdasarkan keputusan mahkamah
- contoh negara – Britain


2. perlembagaan malaysia – jenis bertulis pindaan perlembagaan


- perlembagaan boleh dipinda dengan sokongan 2/3 daripada jumlah bilangan ahli parlimen
- tak boleh pinda / memerlukan persetujuan MRR/ YDA / YDP Sabah dan Sarawak
perkembagan perlembagaan Malaysia



3.Jenis perlembagaan


1 Kerajaan Kesultanan Melayu Sistem beraja / ketua/ sultan berkuasa mutlak
2 Sistem residen - Semua kuasa pentadbiran , kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama Islam dilaksanakan oleh residen
3 Negeri Melayu Bersekutu – Perak , Selangor, Negeru Sembilan dan Pahang Residen Jeneral – kuasa pemusatan kuasa
4 Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
5 Pengagihan kuasa secara berperingkat mulai 1934
6 Perjanjian Bangkok 1909 Inggeris Meluaskan kuasa di Kedah Perlis Terengganu dan Kelantan

7 Negeri Melayu tidak Bersekutu 1914 Johor Kedah Perlis Terengganu Kelantan menerima pengaruh Inggeris
8 Malayan Union 1946 Kuasa kepada residen Jeneral
9 Persekutuan Tanah Melayu 1948
10 Perlembagaan bertulis 1948 - Diperkenalkan kepada semua negeri Melayu , Pulau Pinang dan Melaka kecuali Johor Perlembagaan Johor 1895 dan Terengganu ( 1911
11 Pilihan raya umum diadakan pada tahun 1955



NOTA Bab 2- Perlembagaan

Bab 2- Perlembagaan


1. konsep dan takrif perlembagaan


- sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara
- kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah
- ia mengandungi peruntukan umum mengenai sistem kerajaan , hak asasi dan tanggungjawab rakyat , kewargenegaraan , hak istimewa bumiputera , agama , bahasa dan perkara lain
- undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan
fungsi
- menentukan corak pemerintahan dan hak asasi rakyat sesebuah negara
- menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap dan adil
- memastikan wujudnya keamanan
- menjadi panduan kepada pemerintah
- mengesahkan segala tindakan kerajaan
jenis


a. bertulis


- didokumenkan / dibukukan
- parlimen memperolehi kuasa daripada perlembagaan
- kuasa paling tinggi diperuntuk kepada perlembagaan
- undang-undang yang dibuat , digubal dan dipinda tertakluk mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan
- boleh dipinda oleh parlimen
- mudah – 2/3 daripada persetujuan ahli parlimen
- Tidak mudah – melibatkan referendum rakyat terlebih dahulu




b. tidak bertulis


- parlimen boleh membuat , menggubal atau meminda apa jua jenis undang-undang tanpa sekatan
- kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada parlimen
- berdasarkan tradisi , amalan, sikap serta pengalaman politik / terdapat dalam akta yang digubal oleh badan perundangan / berdasarkan keputusan mahkamah
- contoh negara – Britain


2. perlembagaan malaysia – jenis bertulis pindaan perlembagaan


- perlembagaan boleh dipinda dengan sokongan 2/3 daripada jumlah bilangan ahli parlimen
- tak boleh pinda / memerlukan persetujuan MRR/ YDA / YDP Sabah dan Sarawak
perkembagan perlembagaan Malaysia



3.Jenis perlembagaan


1 Kerajaan Kesultanan Melayu Sistem beraja / ketua/ sultan berkuasa mutlak
2 Sistem residen - Semua kuasa pentadbiran , kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama Islam dilaksanakan oleh residen
3 Negeri Melayu Bersekutu – Perak , Selangor, Negeru Sembilan dan Pahang Residen Jeneral – kuasa pemusatan kuasa
4 Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
5 Pengagihan kuasa secara berperingkat mulai 1934
6 Perjanjian Bangkok 1909 Inggeris Meluaskan kuasa di Kedah Perlis Terengganu dan Kelantan

7 Negeri Melayu tidak Bersekutu 1914 Johor Kedah Perlis Terengganu Kelantan menerima pengaruh Inggeris
8 Malayan Union 1946 Kuasa kepada residen Jeneral
9 Persekutuan Tanah Melayu 1948
10 Perlembagaan bertulis 1948 - Diperkenalkan kepada semua negeri Melayu , Pulau Pinang dan Melaka kecuali Johor Perlembagaan Johor 1895 dan Terengganu ( 1911
11 Pilihan raya umum diadakan pada tahun 1955



NOTA BAB1 KONSEP KENEGARAAN





Bab 1 – Kenegaraan dan sistem pemerintahan


1.1. konsep Negara


- menurut Max Weber , Negara ialah satu komuniti masyarakat yang mempunyai monopoli menggunakan kekuasaan secara sah dalam sesuatu wilayah


ciri-ciri asas


' sempadan ( terdapat kawasan atau wilayah )
' penduduk ( ramai / sedikit )
' kerajaan ( kerajaan sendiri / merdeka
' kedaulatan – berupaya mengawal hal ehwal dalam negara
' mengadakan hubungan dengan negara lain


 
ciri-ciri  lain

& perlembagaan
& Agama
& Bahasa
& ideology


- simbol kenegaraan

' bendera
' Lagu kebangsaan
' Jata

 


1.2. sistem kerajaan


' persekutuan


- gabungan lebih daripada satu negeri
- kuasa kerajaan dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat , negeri dan tempatan
- masing-masing mempunyai autonomi
- contoh – Malaysia , Amerika Syarikat , Kanada , Australia dan India


' kesatuan


- gabungan lebih daripada satu negeri
- kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
- kerajaan pusat boleh membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan negeri
- contoh – Britain , New Zealand , Perancis, dan Sweden


' konfederasi


- gabungan beberapa buah negeri
- kebanyakan kuasa kerajaan dikekalkan oleh negeri-negeri
- kuasa terhad diberi kepada kerajaan pusat untuk mengawal hal-ehwal kepentingan bersama
- terikat dengan perjanjian










1.3. Bentuk Negara


Republik


- ketua negara ialah seorang presiden atau pengerusi ( negara China ) - contoh negara – Filipina , India, Amerika Syarikat


Monarki mutlak


- raja memegang jawatan ketua kerajaan ( PM ) - dibantu oleh ahli keluarga - tiada parti politik - tiada pilihan raya umum - contoh – Brunei, Arab Saudi
Raja berperlembagaan - raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan dan undang-undang



Demokrasi


- rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihan raya umum
- wujud lebih daripada satu parti
- ada kumpulan pembangkang
kebebasan untuk bersuara , mengkritik dan berpersatuan

Demokrasi berpresiden


- presiden / ketua negara / ketua kerajaan menjalankan kuasa politik dan tugas simbolik
- dipilih secara langsung oleh rakyat
- tidak boleh disingkirkan oleh dewan perundangan
- tidak melantik kabinetnya daripada dewan perundangan
- wujud pengasingan kuasa yang nyata


Demokrasi berparlimen


- Perdana menteri / ketua kerajaan menjalankan kuasa politik
- ketua negara / raja atau presiden yang dilantik menjalankan tugas-tugas simbolik
- Dipilih secara tidak langsung oleh rakyat
- Boleh dipecat melalui undi tak percaya di dewan perundangan
- Melantik anggota kabinet daripada kalangan anggota dewan rakyat dan dewan Negara


Autokrasi


- kerajaan satu parti seperti kerajaan junta ( tentera ) dan komunis
- persaingan politik yang terhad
- menekankan nasionalisme
- tiada ideologi yang nyata
- tindakan paksaan / kekerasan / ugutan bagi mendapatkan kepatuhan dan kesetiaan rakyat
- kebebasan awam seperti siaran media dan bidang kehakiman dikawal rapi


1.4. Konsep pengasingan kuasa


- Dikemukakan oleh John Locke dan dikembangkan oleh Montesquieu
- Sistem pemerintahan dibahagikan kepada 3 komponen iaitu perundangan / legislatif , pentadiran / eksekutif dan kehakiman / judisiari
Doktrin pengasingan kuasa
1. Badan perundangan
2. Badan eksekutif
3. Badan kehakiman




- Individu atau badan yang sama tidak harus bertanggungjawab untuk membuat undang-undang , menguatkuasakannya dan menghukum pihak yang melanggarnya
- Melibatkan pembahagian kuasa antara 3 badan tersebut
- Membolehkan setiap badan saling bertindak dan mengawal badan lain
- Setiap badan berkenaan sepatutnya dianggotai kakitangannya sendiri


 Tujuan


- Mengelakkan pemusatan kuasa/ penyalahgunaan kuasa
- Memelihara kebebasan serta keamanan
- Mengelakkan kezaliman


Fungsi


- Perundangan – penggubalan undang-undang
- Pentadbiran – menguatkuasakan undang-undang dan pelaksanaan dasar awam
- Kehakiman – melibatkan keputusan perselisihan sesama rakyat dan antara rakyat dengan pihak berkuasa selaras dengan undang-undang negara
Prisip pengasingan kuasa di Malaysia
- diubahsuai mengikut keperluan negara
- ada pertindihan terutama melibatkan YDA
- fungsi YDA – pemegang kuasa tertinggi pentadbiran / ketua badan kehakiman / komponen parlimen
- kabinet merupakan pusat kuasa pentadbiran atau eksekutif
- anggota kabinet terdiri daripada menteri / ahli parlimen- anggota badan perundangan
- menteri – boleh mencadangkan undang-undang untuk diluluskan di parlimen
- beberapa kuasa peguam negara mempengeruhi badan kehakiman




NOTA DASAR LUAR NEGARA

Bab : Dasar Luar Malaysia (Malaysia dan Negara Serantau)





               ASEAN + 3 (PENTING!)


  • Merupakan pertemuan antara ketua negara ASEAN dengan Perdana Menteri Jepun, Presiden Korea Selatan & Presiden China
  • Merupakan perjanjian berkaitan ekonomi & perdagangan sahaja
  • ASEAN + 3 dilaksanakan secara tidak rasmi dan wujud kerana kegagalan EAEC (Majlis Perundingan Ekonomi Asia Timur) yang dibantah oleh Amerika Syarikat (takut mungkin menjejaskan kepentingan ekonomi negara-negara Asia Pasifik)



 Misi Nasional: Lima Teras Misi Nasional

1. Meningkatkan Ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi


  • Tingkatkan produktiviti, daya saing & nilai ditambah dalam pertanian, pembuatan & perkhidmatan
  • Jana sumber kekayaan baru dalam sektor berintensif ICT & bioteknologi

2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan & inovasi negara serta pupuk minda kelas pertama


  • Jadikan Islam Hadhari sebagai rangka kerja pembanguan sejagat
  • Tingkatkan prestasi sekolah rendah sebagai sekolah pilihan rakyat



3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi.


  • Membasmi kemiskinan tegar
  • Mengatasi jurang dalam kumpulan etnik dengan menambah pendapatan individu


4. Meningkatkan tahap & kemampanan kualiti hidup


  • Memastikan perlindungan alam sekitar & penggunaan sumber asli yang cekap
  • Menyediakan kemudahan pengangkutan awam elak kesesakan lalu lintas & penggunaan bahan api


5. Mengukuhkan keupayaan institusi & pelaksanaan


  • Tingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam
  • Tangani kegiatan rasuah dalam sektor awam & swasta.


VN:F [1.9.10_1130
MALAYSIA DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA


Faedah Yang Diperolehi Malaysia Sebagai Anggota Komanwel



• Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel dalam menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
• Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi.
• Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara komanwel.
• Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
• Menganjurkan mesyuarat CHOGM.
• Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.
• Berpeluang menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid.
• Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.
• Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
• Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Matlamat Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ((PBB)

• Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
• Menggalakkan hubungan baik di kalangan negara anggota
• Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
• Melindungi hak asasi manusia
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

• Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
• Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
• Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
• Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .
• Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
• Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
• Menentang dasar aparteid.
• Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara.
• Menjadi ahli Bank Dunia.
• Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
• Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
• Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
• Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
• Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.

Peranan Malaysia Dalam Menegakkan Prinsip NAM

• Mengemukakan usul membela kepentingan negara membangun.
• Mengemukakan isu Palestin.
• Mengemukakan isu Antartika.
• Mengemukakan cadangan menghapuskan Dasar Apartheid
• Sebagai Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade
• Sebagai ahli G 16 yang membincangkan isu politik negara anggota.
• Menjadi tuan rumah sidang kemuncak NAM ke-13 pada 2003.
• Mengisytiharkan Deklerasi Kuala Lumpur untuk menghidupkan kembali NAM.
• Mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika terhadap Iraq.

Matlamat Penubuhan OIC

• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

Peranan Malaysia Dalam OIC

• Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
• Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air
• Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada 1974 dan 2003
• Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada 2002
• Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mengsyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan


Faedah Yang Dinikmati Oleh Malaysia Sebagai Anggota OIC

• Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek untuk rakyat
• Mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mendapat penghormatan negara anggota lain kerana serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara Islam
• Ketokohan pemimpin Malaysia terserlah melalui dasar Malaysia yang mengutamakan keamanan dan kesejahteraan.

Matlamat Penubuhan ASEAN

• Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
• Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
• Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
• Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
• Mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Peranan dan Sumbangan Malaysia Sebagai Anggota ASEAn

• Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971.
• Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
• Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
• Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
• Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
• Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
• Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
• Menganjurkan Sukan SEA.
• Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.


Ciri-Ciri Negara Selatan

• Pernah dijajah oleh kuasa Barat
• Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
• Tidak mempunyai kepakaran
• Tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap
• Dibebani syarat perdagangan yang tidak adil
• Harga bahan mentahnya dikawal oleh negara maju
• Menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan

 
Matlamat Penubuhan Negara-Negara Selatan

- Mengatasi harga eksport bahan mentah
- Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota
- Mengurangkan pergantungan kepada negara maju

Peranan Malaysia Dalam Negara-Negara Selatan

• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan




NOTA DASAR DLM NEGARA

DASAR DALAM NEGARA – DASAR EKONOMI


1. DEB
2. Dasar Pembangunan Nasional
3. Dasar Wawasan Negara
4. Dasar Pertanian Negara
5. Dasar Perindstrian Negara
6. Pelan Induk Perindustrian
7. Dasar Perindustrian Berat
8. Dasar Peswastaan
9. Dasar Persyarikatan Malaysia
10. Dasar Sogoshosha
11. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
12. Dasar Beban Perbelanjaan Awam
13. Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia
14. Dasar Telekomunikasi Negara
15. Dasar Sains dan Teknologi
16. Dasar Urbanisasi Negara
17. Korido Raya Multimedia

Dasar Ekonomi Baru


- Program 20 tahun dari 1970 – 1990
- Matlamat nya untuk membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yg wujud     antara kaum , wilayah dan kawasan di negara ini
- Rasional – kadar kemiskinan tinggi / jurang perbezaan pendapatan / pengenalan kaum mengikut eknomi / tercetus peristiwa 13 Mei 1969
- Objektif – basmi kemiskinan tanpa mengira kaum / basmi pengenalan kaum mengikut jenis ekonomi / menambah penglibatan rakyat tempatan terutama bumiputera dalam badan korporat
 



Strategi

>majukan kawasan luar bandar melalui pembangunan wilayah baru seperti KEJORA , DARA , JENGKA
- baiki mutu dan taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu melalui pendidikan , latihan dan kesihatan
- mewujudkan kelas peniaga , pedagang dan pengusaha Melayu dan penambahan pemilikan modal kepada 30%
-menubuhkan agensi pembangunan luar bandar UDA , PNB , MARA, Bank Rakyat dan Bank Pertanian


Dasar Pembangunan Nasional

- menggantikan DEB
- terkandung dalam RRJP ke 2
- tempoh pelaksanaan – 1991-2000
- matlamat – untuk mewujudkan pembangunan seimbang bagi melahirkan masy yg bersatu padu dan adil

objektif


- Wujudkan keseimbangan optimum pertumbuhan ekonoi dan pengagihan yg saksama
- Galakkan pembangunan seimbang
-Menghapuskan ketidakadilan sosioekonomi
-Mewujudkan integrasi nasional
-Melahirkan masyarakat yg progresif , sejahtera dan bernilai positif
- Mengggalakkan pembangunan sumber manusia
- Mengggalakkan perlindungan alam sekitar





Strategi


-
Mengurangkan kemiskinan relatif
- Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
- Membabitkan sektor swasta dalam proses penyusunan masyarakat
- Menumpukan perhatianterhadap pembangunan sumber manusia

Dasar Wawasan Negara

- merupakan Rangka Racangan Jangka Panjang ke 3 ( RRJKP 3 )
- menumpukan perhatian terhadap peningkatan keutuhan dan daya saing negara
- bertujuan meningkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yg mapan supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran

Rasional


- membangunkan Malaysia sebagai negara yg mempunyai masyarakat berasaskan pengetahuan
- menjana pertumbuhan yg didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan
- menjadikan sektor pertanian , pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik
- membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil yg miskin
- mencapai penyertaan bumiputera yg berkesan dan pemilikan sekuiti sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010
- meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi
- mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia


Objektif

-membina bangsa yg berdaya tahan
- Masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan   ketidak seimbangan dalam kalangan kumpulan etnik serta wilayah
-Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
- Mengukuhkan pembangunan sumber manusia
- Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan

Dasar Pertanian Negara


 Dasar pertanian pertama – 1984- 1991


- memaksimumkan pendapatan daripada pertanian melalui penggunaan sumber secara cekap
- pertanian dibuat secara komersial
- menggalakkan perladangan berkelompok
- sistem pengurusan moden dan jentera yang intensif
- galakkan peranan swasta dalam pembangunan pertanian

 Dasar pertanian kedua – 1992-1998


- dibuat kerana dasar sebelum ini tidak berjaya
- memodenkan sektor pertanian
- program pembangunan bersepadu
- mengintensifkan penyelidikan dan pembangunan
- memberi peranan lebih kepada sektor swasta
- reformasi sistem pemasaran
- menggalakkan output makanan untuk kegunaan domestik dan eksport

Dasar pertanian negara ke tiga ( 1998-2010 )


- digubal kerana masalah ekonomi yang melanda
- meningkatkan sekuriti makanan – kualiti pengeluaran bahan makanan
- membina hubungan antara sektor pertanian / perindustrian dan perkhidmatan
 -peningkatan produktiviti



Dasar Perindstrian Negara


- 1950-1960 – mempelbagaikan sektor ekonomi , fokus getah dan bijih timah
- Fokus industri bercorak gantian import
- 1970-an – industri berasaskan eksport dan buruh yang ramai


Saturday, 28 July 2012

Tajuk esei : Kitar semula boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan..


Sumber-Sumber Kitar semula

Kitar semula merupakan satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle” (kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Sumber alam di bumi kita semakin berkurangan pada masa sekarang. Sumber-sumber tersebut akan kehabisan pada suatu masa nanti.Jadi, program kitar semula dilancarkan adalah untuk menjimatkan penggunaan sumber alam pada masa yang sama program ini juga dapat membantu menjimatkan kos. Oleh itu, masyarakat haruslah mmenyokong program ini dengan sepenuh hati dan kitar semula bahan buangan kerana perbuatan ini akan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat mahupun negara.


Penambahan sampah-sarap kian hari kian serius pada masa kini oleh para pengguna. Justeru itu, bagi mengurangkan jumlah sampah yang dibuang, program kitar semula telah dilaksanakan. Maka, secara tidak langsungnya, kitar semula bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan penggunaan sumber alam , ia juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang dihadapi oleh negara kita. Selain itu, program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Oleh itu, keadaan ini dapat mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk kerana bahan buangan dapat dikendalikan dengan baik atas pelaksanaan program kitar semula dan kesihatan masyarakt juga dapat terjamin.



Antara barangan yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas. Sebenarnya, ramai yang tidak menyedari barangan kertas yang terbuang merupakan sumber alam yang amat bernilai kepada kita semua. Secara maklum semua, pokok balak merupakan input yang amat penting bagi industri penghasilan kertas.Bagi menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. Jadi, fikirkanlah berapakan jumlah batang pokok yang perlu ditebang jika kita membazirkan kertas dengan sewenang-wenangnya? Bagi mengelakkan penebangan hutan yang tidak terkawal, barangan kertas yang terpakai harusnya dikitar semulakan. Perbuatan ini dapat menyelamatkan pokok-pokok yang semakin hari semakin terpupus di samping itu juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu menguntungkan pengguna.

 Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang harus ditanggungkan oleh penguasa-penguasa dan akhirnya sudah tentu harga barangan buatan aluminium yang dijualkan kepada pengguna juga dapat dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada mesyarakat.


Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan ini. Kerjasama yang erat antara rakyat dan kerajaan adalah amat mementingkan. Rakyat tidak seharusnya bergantung pada bahu kerajaan sahaja kerana jika rakyat tidak memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada program kitar semula yang dilancarkan oleh kerajaan, ini akan membazirkan usaha yang disumbangkan oleh kerajaan. Oleh itu, “Fikir dahulu sebelum buang” memberikan mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita.