3. Perihalkan
sumbangan i-ching dan sumbangan marco polo dlm bidang penjelajahan dan
penerokaan.
I-Ching di lahirkan di Peking pada tahun 635 M.Beliau mendapat pendidikan awal daripada dua orang guru.I-Ching seorang penganut Buddha dan bercita-cita untuk mengunjungi India kerana ingin menuntut ilmu tentang ajaran Buddha di sana.Marco Polo ialah pedagang dari Venice,Itali.Beliau mula berlayar ketika beliau berumur 18 tahun bersama bapa dan bapa saudaranya.
I-Ching
seorang sami Buddha yang melakukan
pelayaran untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keagamaan dan
seterusnya beliau menyebarkan ajaran
Buddha kepada penganutnya. Marco Polo pula mengembara ke Negara China untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pedagangan serta menjalankan
kegiatan perdagangan.
Selain
itu, I-Ching telah melawat Palembang dan
belajar bahasa Sanskrit sebelum melawat India.Malah, beliau telah melawat
Nalanda yang menjadi pusat agama buddha bagi mempelajari selok belok agama
Buddha.Justeru, ini menyebabkan beliau terlibat dalam bidang penulisan dan
menghasilkan naskhah-naskhah yang berkaitan dengan agama Buddha.Melalui buku-bukunya,
juga beliau ada juga menceritakan persinggahannya di Jambi.Selain itu, beliau
juga berjaya menterjemahkan teks Buddha yang ditulis dalam bahasa Sanskrit ke
bahasa China.
Di
samping itu, Marco Polo pula menyertai kegiatan perdagangan keluarganya ke
China.Melalui kegiatan perdagangan ini beliau mendapat pengalaman dan
pengetahuan tentang kaedah menggunakan bahan letupan, kertas, sutera, buku dan
bahan tembikar yang sangat berguna kepada masyarakat Barat pada masa itu.Beliau
sempat menulis pengalamannya di China melalui bukunya ‘ The Travels of Marco Polo ‘ dan kisahnya ini
telah mempengaruhi Christopher Columbus untuk belayar ke China dan Jepun
melalui laluan sebelah barat Eropah.
Kesimpulannya,
penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh di atas ternyata
memberikan sumbangan yang besar dalam bidang perdagangan, penjajahan,
penyebaran agama Buddha.Malah, mereka dapatmeningkat kan pengetahuan dalam
bidang-bidang geografi dan pelayaran.
No comments:
Post a Comment