Kegiatan pelayaran dan penerokaan dianggap aktiviti penting dalam sejarah tamadun manusia.Tetapi kegiatan ini banyak didorong oleh dasar yang dianuti oleh pemerintah sesebuah Negara.Malah, setiap kejayaan yang di perolehi daripada kegiatan pelayaran dan penerokaan akan dibayangi oleh sokongan kuat pihak pemerintah.
Tamadun
China yang bertapak di lembah Hwang Ho mengambil masa yang lama untuk
menjalinkan hubungan dengan tamadun- tamadun lain di dunia.Hal ini kerana
masyarakat china sentiasa menganggap bahawa tamadun mereka lebih tinggi dan
masyarakat mereka tidak bertamadun.Kerana pengembaraan di luar negara China
tidak digalakkan.Ini menyebabkan kemajuan tamadun china tidak
di ketahui oleh tamadun lain.Tamadun Islam pula menganggap bahawa
kegiatan pelayaran dan penerokaan adalah penting dan kenyataan ini dapat dilihat
daripada surah al-mukmin ayat 82.
Salah satu matlamat penjelajahan ke dunia luar
secara rasmi pada masa pemerintahan Dinasti Han bertujuan untuk membuat
perjanjian dengan puak-puak di sempadan china bagi menentang puak Hsiung Nu
yang sering menceroboh china.Malah, pelayaran dan penerokaan penting dari segi politik kepada masyarakat Islam.Bagi
mengukuhkan kedudukan politik Islam dan banyak ekspedisi dihantar ke
kawasan-kawasan baru sehingga ke Afrika Utara.
Pada
zaman Dinasti Ming, Maharaja Yung Lo telah menghantar utusan-utusan ke negara-negara
di Asia Tenggara hingga ke Afrika Utara di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho
dan ini telah menaikkan imej china serta banyak negara menerima perlindungan china.Kejayaan
ekspedisi Huan-tsang sangat dihargai kerana telah membawa balik berita tentang
peluang-peluang perdagangan yang wujud di Asia Barat.
Pelayaran
dan penerokaan amat digalakkan dalam Tamadun Islam kerana para pedagang Arab
Islam telah menjelajahan hingga ke daerah-daerah di India, China dan
Eropah.Aktiviti , pelayaran dan penerokaan sering dikaitkan dengan aspek
keagamaan.Ramai pendakwah Islam menjelajah dan meneroka ke seluruh dunia bagi
menyeru umat manusia memeluk agama Islam dan akhirnya sampai ke Negara asia
melalui kegiatan perdagangan terutamanya negeri Melaka.
Penerokaan
I-Ching pada abad ke-7 juga di pengaruhi oleh faktor agama.Sebagai seorang sami
Buddha, beliau telah menjelajah ke India menerusi Asia Tenggara.Beliau telah
singgah di Srivijaya yang merupakan pusat pengajian agama Buddha sebelum sampai
ke India.
Disamping
itu,salah satu cara menuntut ilmu dalam tamadun Islam ialah menerusi kegiatan,
pelayaran dan penerokaan.Tamadun Islam menggalakkan umatnya mencari ilmu
pengetahuan sama ada daripada tamadun lain atau sebelumnya melalui pemerhatian
mereka dalam bidang astronomi, geografi
dan perubatan.Terutamanya, Konsep Hijrah perlu diperluaskan falsafahnya.Dalam
Tamadun Islam, Hijrah juga dikaitkan dengan , pelayaran dan penerokaan .Kerana
Konsep Hijrah merupakan proses jangka panjang dalam perjalanan hidup.
Daripada
perbincangan di atas, matlamat, pelayaran dan penerokaan dalam Tamadun Islam
lebih jelas kerana umat Islam telah didedahkan dengan faedah daripada aktiviti
, pelayaran dan penerokaan.Malah, satu pekara yang boleh dijadikan teladan
dalam pelayaran dan penerokaan tamadun China semasa pemerintahan Dinasti
Ming perluasan kuasa melalui aktiviti
pelayaran dan penerokaan telah dilakukan
dengan penuh hikmah dan diplomatic ke atas negara-negara yang dikunjungi utusan
China.Tidak seperti barat yang menjelajah
dan menjajah negara-negara lain dengan menggunakan tipu helah, paksaan
dan kekerasan.
No comments:
Post a Comment