Wednesday 6 June 2012

SEJ 1 NOTA 2 2012


2. Bincangkan lima faktor penjelajahan dan penerokaan org eropah pada abad    ke15 masihi.



                Portugal dan Sepanyol telah mengambil inisiatif untuk  meneroka pantai benua Afrika  pada kurun ke-15 M.Kedua-dua kuasa ini telah memperluaskan pengaruh Eropah ke seluruh dunia.

            Antara faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan dilakukan adalah atas dorongan oleh kepentingan penyebaran agama Kristian, orang Sepanyol berperang dengan orang Islam untuk merampas balik tanah mereka daripada penguasaan orang Islam.Oleh itu,faktor agama memainkan peranan penting dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

            Penjelajahan dan penerokaan orang Eropah pada abad ke-15 M juga di sebabkan niat mereka mahu memecah monopoli perdagangan orang Islam yang dikuasai oleh mereka iaitu laluan Laut Hindi dan Laut Mediterranean.

            Di samping itu,wujudnya konsep ‘negara bangsa’ selaras dengan penubuhan monarki kebangsaan di Eropah seperti Sepanyol, Portugal, Perancis dan sebagainya membawa kepada persaingan kuasa dan kemegahan pemerintah sesebuah negara bangsa.

            Malah, motif mahukan keuntungan daripada kegiatan perdagangan dengan negara-negara di Timur turut menjadi keinginan untuk orang Eropah untuk melakukan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 M khususnya untuk perdagangan rempah dan sutera.

            Selain itu,maklumat baru tentang geografi di luar Eropah  dan peta-peta  yang di hasilkan oleh pengembara lain seperti Marco Polo turut menyakinkan orang Eropah tentang kepentingan dan keselamatan aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

            Tambahan pula, timbulnya semangat ingin tahu orang Eropah ekoran semangat Zaman Renaissace di negara Eropah.Malah,keadaan ini di dorong lagi oleh naungan pihak pemerintah seperti Putra Henry telah mendorong lagi orang-orang Eropah tiba di Asia Timur dan India.

            Tutasnya, kemunculan kuasa-kuasa Eropah di Asia telah mewujudkan empayar maritim yang telah mengawal jalan laut.Keadaan ini menyebabkan corak perdagangan di Eropah telah berubah dan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang sibuk di Amsterdam danLisbon.

 


No comments:

Post a Comment