Wednesday, 6 June 2012

NOTA DASAR P AM


     BAB DASAR DALAM NEGARA




Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

1.      Digubal untuk meningkatkan daya pengeluaran negara bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi (1983-1988)

2.      Dilaksanakan kerana pengeluaran barangan tempatan sentiasa menghadapi cabaran ekonomi antarabangsa.



Objectif

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara telah menggariskan empat objektif khusus, iaitu:

1.      Memastikan kadar pertumbuhan ekonomi meningkat secara berterusan;

2.      Memastikan sumber asli digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan producktiviti negara;

3.      Menggabungkan sektor swasta dan sector awam supaya dapat neningkatkan daya pengeluaran negara;

4.      Membangunkan negara untuk meningkatkan pasaran antarabangsa.



Strategi

Strategi pelaksanaan dasar ini ialah:

1.      Menerapkan nilai dan etika kerja yang memuaskan melalui Kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Kepimpinan melalui Teladan dan Kad Perakam Waktu;

2.      Menggunakan teknologi sesuai dan terbaru seperti MSC dan pengguna Internet;

3.      Menggubal dasar sadar pembangunan negara]

4.       Melakukan pembaikan system dan organisasi dalam pembangunan negara.

Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

1.      Dilancarkan pada pertengahan tahun 1982 setelah negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1980-1981.

2.      Pada dekad 70an, berlaku krisis minyak yang menjejaskan perdagangan antarabangsa dan inflasi tinggi

3.      Pada tahun 1981-1982, KDNK telah menurun kepada 6.4% yang menyebabkan deficit dalam belanjawan dan akaun imbangan pembayaran.

4.      Keadaan ini menyebabkan kerajaan meningkatkan hutang awam daripada RM4.9 billion(1980) kepada RM 13.2 billion

5.      Defisit akaun semasa imbangan pembayaran meningkat kepada Rm7825 juta pada tahun 1982, iaitu 13.4% daripada KNK.

Objektif

1.      Mengukuhkan asas ekonomi;

2.      Mengawal kadar inflasi dan membaiki keadaan imbangan pembayaran negara;

3.      Mengurangkan deficit belanjawan kerajaan ke tahap yang sesuai;

4.      Mengurus ekonomi secara teliti;

5.      Mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan selaras dengan sumber asli yang ada;

6.      Mengawal pertambahan hutang.



Strategi

Strategi pelaksanaan dasar ini ialah:

1.      Meminta agensi badan berkanun dan perbadanan awam yang mengawal Kerajaan Persekutuan mengkaji keperluan bagi memajukan ekonomi negara;

2.      Melaksanakan projek pembangunan yang dapat membantu mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru;

3.      Membekukan pengambilan kakitangan baharu dan mengkaji semula keadaan ekonomi;

4.      Memperkemaskan system pentadbiran negara;

5.      Mengawal agensi di luar belanjawan yang mempunyai pengaruh ke atas kewangan kerajaan.

Dasar Penswastaan

1.      Dasar Penswastaan yang dilandarkan pada tahun 1983 bertujuan untuk menykong Dasar Pensyarikatan Malaysia.

2.      Dasar Penswastaan memainkan peranan penting dengan memindahkan pelbagai fungsi dan tanggungjawab sektor awam kepada sector swasta.

3.      Melalui dasar tersebut, bilangan penyertaan bumiputera telah meningkat, iaitu sebanyak 109 syarikat dengan nilai ekuiti berjumlah RM8.1 bilion sehingga bulan April 2000.

Objektif

1.      Pelaksanaan Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu produktiviti dan pecekapan pentadbiran negara.

2.      Melalui dasar ini, negara dapat mengurangkan beban kewangan dan mengatasi masalah pentadbiran kerajaan

3.      Objektif dasar penswastaan adalah untuk meningkatkan kualiti kecekapan dan daya saing antara sektor swasta dengan sector awam.

4.      Pelaksaan Dasar Penswastaan juga mempunyai matlamat untuk mempergiatkan pertumbuhan ekonomi melalui program komersial.

Strategi

1.      Menjalankan penswastaan secara berperingkat-peringkat.

2.      Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi memainkan peranan penting menubuhkan jawatankuasa Penswastaan.

3.      Penyelidikan akan dilkukan oleh Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan(UPP) dan Unit perancangan ekonomi(UPE) di Jabatan Perdana Menteri.

4.      Menggubal Pelan Induk Penswastaan untuk menjalankan program penswastaan secara efektif

Bentuk- bentuk Penswastaan

1.      Secara kontrak- Pihak swasta diberi peluang untuk membantu kerajaan untuk menjalankan projek bagi jangka masa pendek seperti memotong rumput atau mengutip ssampah.

2.      Secara perniagaan- Pihak swastamengendalikan sesuatu projek yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti Telekom dan kommunikasi.

3.      Penglibatan bersama- Memiliki hak milik yang kecil sesuatu perkhidmatan seperti membaiki kapal terbang oleh Syarikat Airod Sdn. Bhd. ,TV#, NTV7 dan TV8.

4.      Secara pajakan- Memberi khidmat dengan tidak memiliki apa-apa hak milik seperti penswataan tempat letak kereta.

Dasar Pensyarikatan Malaysia

1.      Dasar Pensyarikatan Malaysia telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 25 februari 1983 semasa pelancaran Forum UNTAN sebagai suatu konsep pengkorporatan Malaysia.

2.      Dasar Pensyarikatan Malaysia meliputi sector swasta dan sector awam

3.      Dasar ini dapat meningkatkan kerjsama antara kedua-dua sector awam dan swasta bagi meningkatkan kemajuan negara pada tahap yang lebih tinggi.

4.      Dasar Pensyarikatan Malaysia yang terbahagi kepada sector awam menyediakan dasar yang sesuai untuk menyediakan perkhidmatan sokongan

5.      Begitu juga sector swasta bertujuan meningkatkan activity ekonomi dan perindustrian.

6.      Sektor swasta dan awam member khidmat sebagai satu syarikat dan saling melengkapi untuk memajukan Malaysia.



Objektif

Antara objektif pelaksanaan dasar ini ialah:

1.      Mewujudkan kerjasama antara pihak swasta dengan awam untuk membangunkan negara;

2.      Berkongsi maklumat, berusaha bersama sama untuk mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan social dan pentadbiran negara;

3.      Mengecapi keuntungan yang diperoleh sector swasta melalui pengutipan cukai;

4.      Mengurangkan permusuhan atau persaingan antara sector awam dengan sector swasta.

Strategi

1.      Strategi yang digunakan untuk melaksanakan dasar ini ialah menghapuskan salah faham yang wujud antara sector swasta dengan sector awam dan meningkatkan kefahaman dasar swasta.

2.      Dasar Pensyaikatan Malaysia berusaha mencapai matlamat bersama bagi memajukan negara.

3.      Kerajaan telah menubuhkan Panel Perundingan Persyarikatan Malaysia di jabatan kerajaan berasaskan Surat Pekeliling Am Bil. 2/84, Ketua Setiausaha Negara.

4.      Sektor swasta dan sector awam akan bersama-sama mencapai kata sepakat dalam sebarang perubagan atau penggubalan peraturan dan prosedur kerja.

5.      Dasar Pensyarikatan Malaysia turut menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur, perancangan kawasan  kampong dan pelan struktur perindustrian.

6.      Dasar Pensyarikatan Malaysia juga memudahkan pihak swasta mengurus sesuatu kerja dan membolehkan menghubungi agensi kerejaan di kementrerian , jabatam dan badan berkanun denagan mudah.

7.      Sektor swasta dan sector awan mengadakan seminar bersama-sama untuk bertukar maklumat sebagaimana  yang dilakukan oleh INTAN

Dasar Kependudukan Negara

1.      disarankan olh Tun Dr.Mahathir Mohamad dlm Perhimpunan Agong UMNO pd bulan September 1982 dan dilaksanakan slps membentangkan kajian Separuh Penggal Ranvangan Malaysia ke-4 pd29 Mac 1984 .

2.      Perancangan Dasar Kependudukan Negara ialah meningkatkan bilangan penduduk M’sia sebbyk 70 juta org dlm tempoh 115 thn hingga 120 thn .

Objektif

1.      meningkat jumlah penduduk kpd 70 juta org

2.      menyediakan tenaga kerja yg mencukupi mengikut p’mintaan pasaran

3.      jumlah penduduk yg byk dpt meningkatkan daya pengeluaran

4.      mengukuhkan lagi keselamatan dan politik ngr.

Strategi

1.      jumlah kadar kesuburan ditingkatkan utk mencapai jumlah penduduk 70 juta org dlm tempoh 30 thn

2.      purata bilangan anak yg dilahirkan olh setiap wanita pd masa kesuburan adalah antara umur 15-49 thn

3.      penyediaan bekalan makanan , perumahan (11 juta unit),(pendidikan 16 juta dgn 400 000 guru)

4.      dr aspek kesihatan sebyk 26 000katil prl disediakan di hospital krj dgn bilangan doctor sebyk 300 000 org

5.      bekalan air disediakan dlm jumlah sebyk 15.6 billion meter padu

6.       meningkatkan penggunaan tenaga sbg langkah  b’jaga-jaga jika mengalami kekurangan bhn mth sprt gas dan minyak.

Dasar Pemuafakatan Politik

1.      Dasar ini b’mula sejak kepimpinan Dato’Onn bin Jaafar yg menjadi Presiden UMNO yg p’tama

2.      Beliau menunggalkan UMNO semata-mata kerana gagal menggabungkan kaum India dan Cina dlm parti politik t’sebut

3.      Beliau kemudian menubuhkan Parti Ngr ,namum usaha beliau tdk mendpt sambutan

4.      Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memainkan perana ptg utk menyatukan myrt b’bilang kaum dan agama

5.      Beliau menggabingkan tiga parti utama ,iaitu UMNO, MCA, MIC dan membentuk Barisan Nasional

6.       Barisan Nasional  memenangi pilihan raya pd thn 1952 dan 1956.kejayaan ini membuktikan t’dptnya muafakat politik yg dpt menjamin keamanan ngr

7.      P’paduan politik diwujudkan apabila t’dpt konsesus atau persetujuan drpd rky b’bilang kaum utk memberi kuasa kpd kerajaan yg memerintah di bawah Barisan Nasional (Pakatan UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti komponen).

Objektif

1.      menjaga keamanan dan keharmonian

2.      mewujudkan kerjasama antara kaum dan memastikan perpaduan dipelihara melalui pemimpin politik pelbagai kaum

3.      mengelakkan pihak musuh memecah belah persefahaman dan bukan diperdebatkan secara terbuka

Strategi

1.      menggabungkam parti politik pelbagai kaum seperti UMNO, MCA, dan MIC

2.      merangka rancangan perpaduan oleh parti di setiap negeri, daerah, mukim dan kampong

3.      parti politik berusaha mewujudkan identity nasional dan semangat kekitaan melalui program nasional yg melibatkan pelbagai kaum sprt Ruku Tetangga dan kongsi raya

4.      menggalakkan sikap toleransi antara kaum bumiputera dgn bukan bumiputera



Rukun Negara

1.      merupakan ideology ngr yg menunjukkan peraturan hidup @noma hidup myrk ngr ini

2.      diisytiharkan olh YDPA pd 31 Ogos 1970 sempena ulang thn kemerdekaan M’sia yg ke-13

3.      persaingan dan ketiadaan muafakat antara kaum menyebabkan rusuhan kaum pd 13 Mei 1969

4.      Majlis Gerakan Negara tlh merangka panduan utk mencapai perpaduan

5.      Perpaduan dpt dicapai apabila semua kaum di ngr ini bekerjasama utk menjaga keamanan dan keharmonian ngr

6.      Matlamat Ruku n Negara adalah utk

(a)   mencapai perpaduan dlm kalangan seluruh myrk

(b)   memelihara cara hidup demokratik

(c)    mencipta suata myrk yg adil dan saksama

(d)   menjana suatu cara liberal terhadap tradisikebudayaan yg kaya dan berbagai-bagai corak

(e)   membina suatu myrk yg progresif berasaskan sains dan teknologi

Prinsip Rukun Negara

1.      Kepercayaan kpd Tuhan

(a)   Islam sebagai agama rasmi.Agama lain blh diamalkan mengikut kepercayaan masing2

(b)   Tdk mengamalkan ideology tiada Tuhan

(c)    Menjadi panduan hidup dgn menerapkan ninai2 murni

2.      Kesetiaan kpd Raja dan Negara

(a)   memberi kesetiaan kpd YDPA

(b)   mempunyai semangat patriotisme

3.      Keluhuran Perlembagaan

(a)   menghormati isi kandungan perlembagaan sprt bhs ,agama, keistimewaan dan kedudukan setiap kaum

(b)   panduan kpd myrk utk  menjaga keamanan

4.      Kedaulatan Undang2

(a)   hak yg sama dr segi undang2 tanpa mrngira keturunan, kedudukan dan kepercayaan

(b)   hak individu dijamin berasaskan undg2 yg digubal

5.      Kesopanan dan Kesusilaan

(a)   myrk hendaklah m’py kesopanan dan kesusilaan serta mengutamakan nilai2 murni

Dasar Belia Negara

1.      telah dilaksanakan pd thn 1991

2.      Belia dianggap sebagai tongkat kemajuan negara

3.      Dasar Belia Negara dilaksanakan supaya golongan belia diberi perhatian agar tdk terabai

4.      Dasar Belia Negara m’py matlamat berikut

(a)   memajukan belia dlm semua sector pembangunan

(b)   meningkatkan kualiti hidup belia

(c)    menjadikan belia sebagai asa integrasi nasional

5.      langkah2 yg diambil utk melaksanakan dasar ini ialah

(a)   menyediakan sistem pendidikan yg sesuai

(b)   menyediakan peluang pekerjaaan yg menganggur

(c)    memberi peluang kpd belimelibatkan diri dlm program kerajaan supaya tdk membuang masa sprt rakan muda

(d)   menggalakkan belai lepasan sekolah utk melibatkan diri dlm Progranm Latihan Khidmat Negara (PLKN )

(e)   menyediakan program belia sprt M’sia Boleh,M’sia Prihatin,M’sia Cergas dan M’sia Cemerlang.




SEJ 1 NOTA 3 2012


3. Perihalkan sumbangan i-ching dan sumbangan marco polo dlm bidang penjelajahan dan penerokaan.


           I-Ching adalah pengembara dari China pada abad ke-7 hingga ke abad ke-8 manakala Marco Polo adalah pengembara dari Venice pada abad ke-13 hingga ke abad ke-14. Pengembara- pengembara berkenaan mempunyai misi-misi tertentu melalui aktiviti penjelajahan dan penerokaan yang di lakukan.
   
             I-Ching di lahirkan di Peking pada tahun 635 M.Beliau mendapat pendidikan awal daripada dua orang guru.I-Ching seorang penganut Buddha dan bercita-cita untuk mengunjungi India kerana ingin menuntut ilmu tentang ajaran Buddha di sana.Marco Polo ialah pedagang dari Venice,Itali.Beliau mula berlayar  ketika beliau berumur 18 tahun bersama bapa dan bapa saudaranya.

            I-Ching seorang sami  Buddha yang melakukan pelayaran untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keagamaan dan seterusnya beliau menyebarkan  ajaran Buddha kepada penganutnya. Marco Polo pula mengembara ke Negara China untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pedagangan serta menjalankan kegiatan perdagangan.

            Selain itu, I-Ching  telah melawat Palembang dan belajar bahasa Sanskrit sebelum melawat India.Malah, beliau telah melawat Nalanda yang menjadi pusat agama buddha bagi mempelajari selok belok agama Buddha.Justeru, ini menyebabkan beliau terlibat dalam bidang penulisan dan menghasilkan naskhah-naskhah yang berkaitan dengan agama Buddha.Melalui buku-bukunya, juga beliau ada juga menceritakan persinggahannya di Jambi.Selain itu, beliau juga berjaya menterjemahkan teks Buddha yang ditulis dalam bahasa Sanskrit ke bahasa China.

            Di samping itu, Marco Polo pula menyertai kegiatan perdagangan keluarganya ke China.Melalui kegiatan perdagangan ini beliau mendapat pengalaman dan pengetahuan tentang kaedah menggunakan bahan letupan, kertas, sutera, buku dan bahan tembikar yang sangat berguna kepada masyarakat Barat pada masa itu.Beliau sempat menulis pengalamannya di China melalui bukunya  ‘ The Travels of Marco Polo ‘ dan kisahnya ini telah mempengaruhi Christopher Columbus untuk belayar ke China dan Jepun melalui laluan sebelah barat Eropah.

            Kesimpulannya, penjelajahan dan penerokaan yang  dilakukan oleh tokoh-tokoh di atas ternyata memberikan sumbangan yang besar dalam bidang perdagangan, penjajahan, penyebaran agama Buddha.Malah, mereka dapatmeningkat kan pengetahuan dalam bidang-bidang geografi dan pelayaran.


SEJ 1 NOTA 2 2012


2. Bincangkan lima faktor penjelajahan dan penerokaan org eropah pada abad    ke15 masihi.



                Portugal dan Sepanyol telah mengambil inisiatif untuk  meneroka pantai benua Afrika  pada kurun ke-15 M.Kedua-dua kuasa ini telah memperluaskan pengaruh Eropah ke seluruh dunia.

            Antara faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan dilakukan adalah atas dorongan oleh kepentingan penyebaran agama Kristian, orang Sepanyol berperang dengan orang Islam untuk merampas balik tanah mereka daripada penguasaan orang Islam.Oleh itu,faktor agama memainkan peranan penting dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

            Penjelajahan dan penerokaan orang Eropah pada abad ke-15 M juga di sebabkan niat mereka mahu memecah monopoli perdagangan orang Islam yang dikuasai oleh mereka iaitu laluan Laut Hindi dan Laut Mediterranean.

            Di samping itu,wujudnya konsep ‘negara bangsa’ selaras dengan penubuhan monarki kebangsaan di Eropah seperti Sepanyol, Portugal, Perancis dan sebagainya membawa kepada persaingan kuasa dan kemegahan pemerintah sesebuah negara bangsa.

            Malah, motif mahukan keuntungan daripada kegiatan perdagangan dengan negara-negara di Timur turut menjadi keinginan untuk orang Eropah untuk melakukan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 M khususnya untuk perdagangan rempah dan sutera.

            Selain itu,maklumat baru tentang geografi di luar Eropah  dan peta-peta  yang di hasilkan oleh pengembara lain seperti Marco Polo turut menyakinkan orang Eropah tentang kepentingan dan keselamatan aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

            Tambahan pula, timbulnya semangat ingin tahu orang Eropah ekoran semangat Zaman Renaissace di negara Eropah.Malah,keadaan ini di dorong lagi oleh naungan pihak pemerintah seperti Putra Henry telah mendorong lagi orang-orang Eropah tiba di Asia Timur dan India.

            Tutasnya, kemunculan kuasa-kuasa Eropah di Asia telah mewujudkan empayar maritim yang telah mengawal jalan laut.Keadaan ini menyebabkan corak perdagangan di Eropah telah berubah dan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang sibuk di Amsterdam danLisbon.

 


NOTA SEJ 1 STPM 2012



1.     Bandingkan objektif pelayaran dan penerokaan antara tamadun china dengan tamadun islam.


  
Kegiatan pelayaran dan penerokaan  dianggap aktiviti penting dalam sejarah tamadun manusia.Tetapi kegiatan ini banyak didorong oleh dasar yang dianuti oleh pemerintah sesebuah Negara.Malah, setiap kejayaan yang di perolehi  daripada kegiatan pelayaran dan penerokaan akan  dibayangi oleh sokongan kuat pihak pemerintah.

            Tamadun China yang bertapak di lembah Hwang Ho mengambil masa yang lama untuk menjalinkan hubungan dengan tamadun- tamadun lain di dunia.Hal ini kerana masyarakat china sentiasa menganggap bahawa tamadun mereka lebih tinggi dan masyarakat mereka tidak bertamadun.Kerana pengembaraan di luar negara China tidak digalakkan.Ini menyebabkan kemajuan tamadun china  tidak  di ketahui oleh tamadun lain.Tamadun Islam pula menganggap bahawa kegiatan pelayaran dan penerokaan adalah penting dan kenyataan ini  dapat dilihat  daripada surah al-mukmin ayat 82.

            Salah  satu matlamat penjelajahan ke dunia luar secara rasmi pada masa pemerintahan Dinasti Han bertujuan untuk membuat perjanjian dengan puak-puak di sempadan china bagi menentang puak Hsiung Nu yang sering menceroboh china.Malah, pelayaran dan penerokaan penting dari  segi politik kepada masyarakat Islam.Bagi mengukuhkan kedudukan politik Islam dan banyak ekspedisi dihantar ke kawasan-kawasan baru sehingga ke Afrika Utara.

            Pada zaman Dinasti Ming, Maharaja Yung Lo telah menghantar utusan-utusan ke negara-negara di Asia Tenggara hingga ke Afrika Utara di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho dan ini telah menaikkan imej china serta banyak negara  menerima perlindungan china.Kejayaan ekspedisi Huan-tsang sangat dihargai kerana telah membawa balik berita tentang peluang-peluang perdagangan yang wujud di Asia Barat.

            Pelayaran dan penerokaan amat digalakkan dalam Tamadun Islam kerana para pedagang Arab Islam telah menjelajahan hingga ke daerah-daerah di India, China dan Eropah.Aktiviti , pelayaran dan penerokaan sering dikaitkan dengan aspek keagamaan.Ramai pendakwah Islam menjelajah dan meneroka ke seluruh dunia bagi menyeru umat manusia memeluk agama Islam dan akhirnya sampai ke Negara asia melalui kegiatan perdagangan terutamanya negeri Melaka.

            Penerokaan I-Ching pada abad ke-7 juga di pengaruhi oleh faktor agama.Sebagai seorang sami Buddha, beliau telah menjelajah ke India menerusi Asia Tenggara.Beliau telah singgah di Srivijaya yang merupakan pusat pengajian agama Buddha sebelum sampai ke India.

            Disamping itu,salah satu cara menuntut ilmu dalam tamadun Islam ialah menerusi kegiatan, pelayaran dan penerokaan.Tamadun Islam menggalakkan umatnya mencari ilmu pengetahuan sama ada daripada tamadun lain atau sebelumnya melalui pemerhatian mereka dalam  bidang astronomi, geografi dan perubatan.Terutamanya, Konsep Hijrah perlu diperluaskan falsafahnya.Dalam Tamadun Islam, Hijrah juga dikaitkan dengan , pelayaran dan penerokaan .Kerana Konsep Hijrah merupakan proses jangka panjang dalam perjalanan hidup.

            Daripada perbincangan di atas, matlamat, pelayaran dan penerokaan dalam Tamadun Islam lebih jelas kerana umat Islam telah didedahkan dengan faedah daripada aktiviti , pelayaran dan penerokaan.Malah, satu pekara yang boleh dijadikan teladan dalam pelayaran dan penerokaan tamadun China semasa pemerintahan Dinasti Ming  perluasan kuasa melalui aktiviti pelayaran dan penerokaan  telah dilakukan dengan penuh hikmah dan diplomatic ke atas negara-negara yang dikunjungi utusan China.Tidak seperti barat yang menjelajah  dan menjajah negara-negara lain dengan menggunakan tipu helah, paksaan dan kekerasan.

Kenaikan harga barang (Inflasi)/Pengajian AM

TEMA: Kenaikan harga barang (Inflasi)

K/S: Punca-punca            K/J:1+3

 Ketika menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar, negara kita tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi, iaitu kenaikan harga barang secara holistik. Senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata, terutama golongan yang berpendapat rendah yang terpaksa hidup bagai kain basah kering di pinggang.  Duri dalam daging ini perlu dicabut dalam masyarakat kita sebelum parah, rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara  harus menjadi iktibar di negara kita.  Sebelum mengatur langkah untuk menangani masalah ini, biarlah pihak berkuasa menyusuri  punca-punca kenaikan harga barang di negara kita.
Kata orang tua-tua, “ada asap, ada api”. Setiap kemusykilan pasti ada pangkal pokoknya. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi ialah kenaikan harga minyak.  Tidak dapat dinafikan bahawa harga minyak petroleum telah naik secara drastik di pasaran antarabangsa, sehingga pernah mencecah US $144 setong pada tahun 2007.  Hal ini memangkinkan kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel yang telah disubsidikan oleh kerajaan itu  ke negara jiran kita. Lantaran kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak petrol dan diesel  untuk mengurangkan beban kewangan.  Penyeludup yang tamak  telah menyebabkan rakyat jelata mengalami penderitaan.  Hal  ini sama dengan peribahasa, “ orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah.” Kenaikan minyak yang sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan. Walhasilnya,  harga semua barangan turut naik dengan serentak.
Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan.  Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit.   Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang  berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan  seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang.  Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal.
Tambahan pula, kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini.  Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah terjunam.  Peniaga  negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing.  Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar.  Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah.  Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu, kita tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum.

Lebih-lebih lagi,  ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang.  Demi meragut keuntungan yang lumayan,  terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan. Mereka enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang  seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu.  Hal ini sering berlaku  dalam masyarakat kita.  Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering  menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang.
 
Kita semua sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan tercetusnya inflasi.  Sehubungan dengan itu, pengguna kita juga perlu  bertanggungjawab dalam konteks ini.  Rakyat Malaysia tidak memiliki kesedaran tentang ilmu kepenggunaan.  Mereka sering membeli-belah dengan berdasarkan nafsu dan bukan berpaksikan keperluan.  Sebagai contohnya, ketika musim perayaan,  penduduk Malaysia sering membeli barangan secara berlebihan  sehingga berboros kerana tidak dapat menghabiskannya.  Tamsilnya, mereka sering merebut daging ayam dan telur.  Mereka membuat kuih-muih dan juadah dengan terlalu banyak.  Apabila permintaan di pasaran lebih banyak daripada bekalan,  harga barang naik secara drastik lagi.  Siapakah yang menjadi mangsa?  Tepuk dada tanya selera.  Kenapa perayaan tidak boleh diraikan secara sederhana?  Bukankah hubungan yang intim sekeluarga lebih penting daripada  menyediakan makanan yang melambak?  Ingatlah peribahasa, “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”

Untuk melepaskan diri daripada belenggu inflasi,  pihak kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana  seperti menarik rambut di dalam tepung untuk menangani masalah ini daripada terus menular. Kerjasama pihak pengguna, peniaga dan prihatin pihak berkuasa amat signifikan untuk meminimumkan inflasi sehingga mencapai inflasi sifar. Hal ini memang selaras dengan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Friday, 10 February 2012

Mahkamah Bumiputera

1 Mahkamah Bumiputera hanya wujud di Sabah dan Sarawak.

Struktur Mahkamah Bumiputera

Mahkamah Bumiputera Sarawak Mahkamah Bumiputera Sabah

*      Mahkamah Rayuan Bumiputera Mahkamah Rayuan Bumiputera

*      Mahkamah Bumiputera Residen Mahkamah Pegawai Daerah

*      Mahkamah Daerah Bumiputera Mahkamah Bumiputera

*      Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputer

*      Mahkamah Ketua Kampung



Persamaan Mahkamah Bumiputera Sarawak dan Mahkamah Bumiputera Sabah:

  • Jika berlaku apa-apa kes yang berkaitan dengan perkahwinan atau seks dan kedua-dua pihak yang terlibat adalah daripada keturunan yang berbeza, adat pihak perempuan hendaklah digunakan.
  • Sebarang pelanggaran adat boleh dibicarakan di Mahkamah Bumiputera asalkan salah seorang daripada pihak-pihak yang terlibat ialah Bumiputera.

Struktur Mahkamah Bumiputera Sarawak

1 Mahkamah Rayuan Bumiputera

(a)    Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada;
(i) Hakim Mahkamah Tinggi
(ii) Setiausaha Hal-ehwal Bumiputera
(iii) dua orang pengapit


(b) Mahkamah ini diadili oleh tiga, lima, atau tujuh orang yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
(c) Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Bumiputera Residen.

2 Mahkamah Bumiputera Residen


(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri daripada:
(i) Residen
(ii) Ketua
(iii) dua orang pengapit


(b) Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Bumiputera bawahan.


(c) Residen berkuasa untuk menghentikan atau mengarahkan perbicaraan semula sesuatu kes di Mahkamah Bumiputera jika perbicaraan berkenaan tidak mematuhi undang-undang adat.

3 Mahkamah Daerah Bumiputera


(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri daripada:
(i) Majistret
(ii) Pegawai Bumiputera

(iii) dua orang pengapit

(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM200



4 Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera

(a) Personel Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera terdiri daripada:

(i) Pegawai atau Ketua Bumiputera

(ii) dua orang pengapit

(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan dan denda tidak melebihi RM100.



5 Mahkamah Ketua Kampung

(a) Personel Mahkamah Ketua Kampung terdiri daripada:

(i) Ketua Kampung
(ii) dua orang pengapit
(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50.

Struktur Mahkamah Bumiputera Sabah



1 Mahkamah Rayuan Bumiputera


a) Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada;

(i) Hakim Mahkamah Tinggi

(ii) dua orang ketua bumiputera



2 Mahkamah Pegawai Daerah

(a) Personel Mahkamah Pegawai Daerah terdiri daripada;

(i) Pegawai Daerah

(ii) dua orang pengapit

(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM200



3 Mahkamah Bumiputera

(a) Personel Mahkamah Bumiputera terdiri daripada;

(i) Ketua Bumiputera

(ii) dua orang pengapit

(b) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun dan denda tidak melebihi RM100



Bidang Kuasa Mahkamah Bumiputera



1 Mahkamah Bumiputera berkuasa untuk membicarakan:


(a) kes kesalahan melanggar undang-undang adat dan pihak-pihak yang terbabit ialah bumiputera, contohnya tentang perkahwinan, perkara seks, harta pusaka, dan tanah

(b) kes pelanggaran Undang-undang Adat Sarawak oleh seorang atau sekumpulan bumiputera

(c) kes pelanggaran Undang-undang Adat Melayu bukan Islam

(d) kes-kes diberi kuasa oleh undang-undang bertulis kepada Mahkamah Bumiputera

 2 Kes yang melibatkan bumiputera Islam dibicarakan di Mahkamah Syariah dan hanya akan dibicarakan di Mahkamah Bumiputera jika perkara yang hendak dibicarakan tidak diliputi dalam Undang-undang Islam.


muet

Teens and Academic Problems                       The STAR 12 Wednesday 2001

Our children are becoming more competent and independent. They spend much of their time away from our supervision. They need recognition of their developing maturity, and at the same time, they are still children, and require our protection, guidance, and discipline. To set effective limits we must remember both sides of this balance.

The best chance we have of establishing effective rules is through discussion with our adolescents about what is going on in their lives, how able they feel to take responsibility for themselves, and what we as parents need to require for our own peace of mind.

Some rules are "bottom line," and are different from family to family. We make them because life without them would be unbearable. These rules usually include knowing where kids are if they are not at home, not allowing them to talk back to us, and strict rules about aggression or violence toward others.

Other issues, like allowances, curfews, chores, and homework require a different amount of flexibility, depending on how responsible the child is. Education is important to every parent, and we want our children to succeed in school. Unfortunately, as they gain maturity, we may lose some control about how much homework gets done and the quality of the work. To keep ourselves sane and to avoid constant bickering, rules about homework and school performance should be firm and consistent.

The best way to come up with those rules is to discuss school, homework and future goals with your teen. If they understand why you worry about their school performance, and can identify the benefits that school success will have for them, you are over one major hurdle. One way that teens decide whether we are truly interested in their lives, is by judging how involved we are with activities important to them.

Many of us make the crippling assumption that our teens aren't willing to share their world with us, which is usually not the case. If we remember to encourage our teens to tell us about things, they will usually comply. Asking a closed ended question like "how was school today?" is sure to get the response, "fine." Asking if you can help with a Biology project may open many other doors.

 So If you cannot get answers from your child about school, expectations and performance, do not be afraid to call the school and talk to the administrative, counseling, or teaching staff. They are frequently willing to work with you and your child to enhance his or her education and achievement.