Sunday 29 July 2012

NOTA Bab 2- Perlembagaan

Bab 2- Perlembagaan


1. konsep dan takrif perlembagaan


- sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara
- kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah
- ia mengandungi peruntukan umum mengenai sistem kerajaan , hak asasi dan tanggungjawab rakyat , kewargenegaraan , hak istimewa bumiputera , agama , bahasa dan perkara lain
- undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan
fungsi
- menentukan corak pemerintahan dan hak asasi rakyat sesebuah negara
- menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap dan adil
- memastikan wujudnya keamanan
- menjadi panduan kepada pemerintah
- mengesahkan segala tindakan kerajaan
jenis


a. bertulis


- didokumenkan / dibukukan
- parlimen memperolehi kuasa daripada perlembagaan
- kuasa paling tinggi diperuntuk kepada perlembagaan
- undang-undang yang dibuat , digubal dan dipinda tertakluk mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan
- boleh dipinda oleh parlimen
- mudah – 2/3 daripada persetujuan ahli parlimen
- Tidak mudah – melibatkan referendum rakyat terlebih dahulu




b. tidak bertulis


- parlimen boleh membuat , menggubal atau meminda apa jua jenis undang-undang tanpa sekatan
- kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada parlimen
- berdasarkan tradisi , amalan, sikap serta pengalaman politik / terdapat dalam akta yang digubal oleh badan perundangan / berdasarkan keputusan mahkamah
- contoh negara – Britain


2. perlembagaan malaysia – jenis bertulis pindaan perlembagaan


- perlembagaan boleh dipinda dengan sokongan 2/3 daripada jumlah bilangan ahli parlimen
- tak boleh pinda / memerlukan persetujuan MRR/ YDA / YDP Sabah dan Sarawak
perkembagan perlembagaan Malaysia



3.Jenis perlembagaan


1 Kerajaan Kesultanan Melayu Sistem beraja / ketua/ sultan berkuasa mutlak
2 Sistem residen - Semua kuasa pentadbiran , kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama Islam dilaksanakan oleh residen
3 Negeri Melayu Bersekutu – Perak , Selangor, Negeru Sembilan dan Pahang Residen Jeneral – kuasa pemusatan kuasa
4 Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
5 Pengagihan kuasa secara berperingkat mulai 1934
6 Perjanjian Bangkok 1909 Inggeris Meluaskan kuasa di Kedah Perlis Terengganu dan Kelantan

7 Negeri Melayu tidak Bersekutu 1914 Johor Kedah Perlis Terengganu Kelantan menerima pengaruh Inggeris
8 Malayan Union 1946 Kuasa kepada residen Jeneral
9 Persekutuan Tanah Melayu 1948
10 Perlembagaan bertulis 1948 - Diperkenalkan kepada semua negeri Melayu , Pulau Pinang dan Melaka kecuali Johor Perlembagaan Johor 1895 dan Terengganu ( 1911
11 Pilihan raya umum diadakan pada tahun 1955



No comments:

Post a Comment