Saturday, 28 July 2012

Tajuk esei : Kitar semula boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan..


Sumber-Sumber Kitar semula

Kitar semula merupakan satu proses melibatkan 3R iaitu “Reduce, Reuse dan Recycle” (kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Sumber alam di bumi kita semakin berkurangan pada masa sekarang. Sumber-sumber tersebut akan kehabisan pada suatu masa nanti.Jadi, program kitar semula dilancarkan adalah untuk menjimatkan penggunaan sumber alam pada masa yang sama program ini juga dapat membantu menjimatkan kos. Oleh itu, masyarakat haruslah mmenyokong program ini dengan sepenuh hati dan kitar semula bahan buangan kerana perbuatan ini akan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat mahupun negara.


Penambahan sampah-sarap kian hari kian serius pada masa kini oleh para pengguna. Justeru itu, bagi mengurangkan jumlah sampah yang dibuang, program kitar semula telah dilaksanakan. Maka, secara tidak langsungnya, kitar semula bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan penggunaan sumber alam , ia juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran yang dihadapi oleh negara kita. Selain itu, program kitar semula juga berupaya menangani masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Oleh itu, keadaan ini dapat mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk kerana bahan buangan dapat dikendalikan dengan baik atas pelaksanaan program kitar semula dan kesihatan masyarakt juga dapat terjamin.



Antara barangan yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas. Sebenarnya, ramai yang tidak menyedari barangan kertas yang terbuang merupakan sumber alam yang amat bernilai kepada kita semua. Secara maklum semua, pokok balak merupakan input yang amat penting bagi industri penghasilan kertas.Bagi menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok terpaksa ditebang. Jadi, fikirkanlah berapakan jumlah batang pokok yang perlu ditebang jika kita membazirkan kertas dengan sewenang-wenangnya? Bagi mengelakkan penebangan hutan yang tidak terkawal, barangan kertas yang terpakai harusnya dikitar semulakan. Perbuatan ini dapat menyelamatkan pokok-pokok yang semakin hari semakin terpupus di samping itu juga dapat menurunkan kos barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu menguntungkan pengguna.

 Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara tidak langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk minuman ringan. Oleh itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang harus ditanggungkan oleh penguasa-penguasa dan akhirnya sudah tentu harga barangan buatan aluminium yang dijualkan kepada pengguna juga dapat dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan kepada mesyarakat.


Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan ini. Kerjasama yang erat antara rakyat dan kerajaan adalah amat mementingkan. Rakyat tidak seharusnya bergantung pada bahu kerajaan sahaja kerana jika rakyat tidak memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada program kitar semula yang dilancarkan oleh kerajaan, ini akan membazirkan usaha yang disumbangkan oleh kerajaan. Oleh itu, “Fikir dahulu sebelum buang” memberikan mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita.


2 comments: