Wednesday, 14 December 2011

SEJARAH MALAYSIA: NOTA 3

Kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu

[ Rujuk Kuliah 7 / 16 Disember 2009 di ruangan 'catatan lama' ]

KULIAH 7 SEJARAH 940/2: TG 6RK1/4 2009

SEJARAH 940/2 STPM

KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

(Dipetik daripada Skema Jawapan Pecutan Bestari A Sejarah 2 STPM, JPN Perak, SET A 2009)

BAHAN BACAAN / RUJUKAN:

1. Mahdi Shuib, Suzani Osman dan Sazlina Othman, Pra-U Sejarah Malaysia, Pearson, Petaling Jaya, 2005. Muka surat: 194-198.

2. K. Ratnam, Teks Suplemen STPM Sejarah Kertas 940/2 Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur, Pustaka Sarjana, Subang Jaya, 2006. Muka surat 175-178.

3. Norizan Yusof, Sejarah Malaysia (Kertas 2: Bahagian A ), Federal- Marshall Cavendish Education, Shah Alam, 2009. Muka surat: 279-287.

Pendahuluan

Jepun telah menawan seluruh Tanah Melayu pada 15 Febuari 1942. Kemusnahan dua buah kapal perang British iaitu H.M.S Repulse dan Prince Of Wales dengan penggunaan tentera ‘Kamikaze’ ( Berani Mati ), telah melemahkan semangat tentera British. Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah secara rasmi kepada Jepun. Maka bermulalah zaman pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu. Walaupun tempoh masa pendudukan Jepun singkat sahaja iaitu tiga tahun lapan bulan, namun pendudukan Jepun meninggalkan kesan yang sangat penting kepada penduduk tempatan baik dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

Isi:

Kesan-kesan sosial

Pihak Jepun telah menjalankan dasar layanan yang berbeza terhadap kaum-kaum di Tanah Melayu. Semua kaum Melayu, Cina dan India mengalami penyeksaan, penderitaan, kebuluran dan ketakutan . Orang Cina menderita akibat kezaliman tentera-tentera Jepun. Ramai orang Cina telah melarikan diri ke pinggir-pinggir hutan untuk mengelakkan penyeksaan askar-askar Jepun. Mereka menanam makanan dan menternak ayam itik. Ini telah mewujudkan masyarakat setinggan di Tanah Melayu.

Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka juga dihantar ke Siam untuk membina Jalan Keretapi Maut. Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah terkorban dalam pembinaan tersebut akibat seksaan dan wabak penyakit. Merosotnya taraf kesihatan telah menyababkan merebaknya penyakit-penyakit tropika seperti beri-beri, taun dan malaria. Ubat-ubat yang dibawa oleh Jepun hanya dikhaskan untuk askar-askar Jepun sahaja.

Perbezaan layanan kaum ini telah mewujudkan permusuhan kaum khususnya di antara Melayu dan Cina. Contohnya pihak Jepun telah menggunakan orang Melayu yang menyertai pasukan tentera dan polis Jepun untuk mengesan orang Cina yang anti-Jepun. Ini menimbulkan rasa curiga dan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina setelah Jepun menyerah kalah.

Sistem pendidikan Inggeris juga turut ditukar kepada sistem pendidikan Jepun. Bahasa Jepun iaitu ‘Nippon-go’ diwajibkan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah dan juga sebagai lingua franca di seluruh negara. Sistem pendidikan Jepun menekankan beberapa aspek seperti pembentukan akhlak dan disiplin, taat setia kepada Maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun. Kebudayaan Jepun disebarkan melalui sistem pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar adat istiadat dan lagu kebangsaan Jepun, iaitu ‘Kamigayo’.

Kesan-kesan politik:

Nasionalisme orang Melayu

Pendudukan Jepun telah menamatkan tradisi kepercayaan bahawa kuasa-kuasa Barat merupakan kuasa yang tidak boleh dikalahkan. Ini telah menyemarakkan lagi kebangkitan dan kesedaran kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu.

Langkah pertama pendudukan Jepun yang membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan orang Melayu ialah dengan membebaskan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah dipenjarakan oleh Inggeris dan memulihkan kembali KMM di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob.

KMM kemudiannya telah diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942 apabila disyaki mengadakan hubungan sulit dengan MPAJA. Jepun telah menubuhkan PETA ( Pembela Tanah Air ) bagi menarik perhatian orang-orang Melayu. Anggotanya terdiri daripada bekas pegawai KMM. Ibrahim Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel. PETA juga telah mengadakan hubungan sulit dengan MPAJA dan tentera Wataniah.

Di saat-saat Jepun menyedari kekalahannya, Jepun menolong kaum Melayu menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Bulan Julai 1945. KRIS dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Walaupun orang Melayu tidak berjaya mencapai kemerdekaan di bawah Jepun, namun semangat nasionalisme telah berjaya menarik orang Melayu untuk bersatu terutamanya dalam menentang Malayan Union.

Nasionalisme orang India

Perhatian kaum India telah dialihkan kepada pembebasan India dari penindasan penjajahan Inggeris. Orang India telah menubuhkan Liga Pembebasan India di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Beliau juga telah menubuhkan Tentera Nasional India (INA) untuk membantu Liga Pembebasan India. Kedua-dua pertubuhan ini telah menguasai keadaan politik orang India di Tanah Melayu. Orang-orang India telah dikerah menyertai Tentera Nasional India.

Orang India digalakkan supaya memberikan bantuan kewangan dan harta untuk menyokong gerakan pembebasan India daripada penjajahan Inggeris. Subhas Chandra Bose yang dalam buangan telah mendirikan sebuah kerajaan yang bergelar ‘Azad Hind’ di Singapura. Ia telah menyahut slogan “Chalo Delhi” (Mara ke Delhi). Penggunaan slogan ini menaikkan lagi semangat nasionalisme dikalangan orang India. Bagaimanapun kekuatan INA dan Liga Pembebasan India telah merosot apabila Jepun menyerah kalah.

Nasionalisme orang Cina

Permusuhan antara orang Jepun dan Cina telah bermula sejak Jepun telah menawan China pada tahun 1937. Apabila Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu dan Singapura pada bulan Febuari 1942, ramai orang cina telah dibunuh.Tindakan ini telah menyebabkan orang Cina merasakan pihak Jepun mengamalkan dasar diskriminasi. Keadaan ini mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Contohnya tindakan ini merupakan titik permulaan permusuhan antara orang Cina dan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya (PKM) telah menggunakan sentimen anti Jepun untuk memperoleh sokongan orang Cina untuk menentang Jepun di Tanah Melayu. PKM telah menubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dianggap sebagai gerakan mewakili semua bangsa di Tanah Melayu. MPAJA telah diberikan latihan oleh Sekolah Latihan Khas 101 di bawah pimpinan Kolonel Spencer Chapman serta dibekalkan senjata, ubat-ubatan, maklumat dan bahan makanan oleh tentera Berikat melalui ‘Force 136’ yang berpusat di Sri Langka.

MPAJA mengadakan hubungan sulit dengan PETA dan melancarkan perang gerila terhadap pihak Jepun. Jepun telah mengambil langkah untuk menarik minat orang Cina berfahaman sederhana yang kebanyakannya tinggal di bandar untuk bekerjasama dengan pemerintahan Jepun.

Pihak Jepun telah menubuhkan beberapa kelab seperti Epposho bagi masyarakat Cina di Pulau Pinang pada tahun 1944. Ramai orang Cina dilantik di dalam Majlis Penasihat di peringkat bandar dan negeri mulai tahun 1943.

Langkah-langkah Jepun untuk menentang golongan Cina yang anti-Jepun iaitu dengan menggunakan pasukan polis dan tentera Melayu telah menimbulkan kemarahan orang Cina terhadap orang Melayu. Perasaan ini kemudiannya telah menimbulkan unsur perkauman dalam persengketaan Cina-Melayu.

Kesan-kesan ekonomi

Dasar ‘bumi hangus’ yang diamalkan oleh British sebelum berundur dari Tanah Malayu ke Singapura telah menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot kerana banyak kemudahan awam seperti infrastruktur telah diletupkan oleh tentera British. Begitu juga dengan perusahaan bijih timah dan getah turut merosot kerana kemusnahan alat-alat melombong seperti kapal korek dan alat-alat memproses getah.

Akibat peperangan, perdagangan Tanah Melayu dengan pasaran-pasaran luar telah terputus. Perdagangan Singapura dan Pulau Pinang telah merosot kerana Tanah Melayu tidak dapat mengeksport dan mengimport sebarang bahan.

Jepun mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan memaksa rakyat menanam tanam-tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi untuk mengatasi masalah kekurangan makanan.

Perusahaan-perusahaan tempatan didirikan untuk menghasilkan barang-barang gantian seperti minyak masakan, sabun, gula, tayar, kertas, tali dan benang. Perusahaan-perusahaan penting diambil alih oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Mitsui dan Mitsubishi.

Percetakan mata wang ‘pokok pisang’ yang tidak terkawal serta kekurangan bahan-bahan pengguna menyebabkan keadaan inflasi dengan harga-harga barang melambung tinggi dan nilai matawang Jepun menjunam jatuh.

Kesimpulan

Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu detik penting dalam sejarah tanah air kerana telah banyak mendatangkan kesan positif dan negatif. Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu pada September 1945 adalah disebabkan pengeboman dua bandar penting di Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki. Selepas pendudukan Jepun, Inggeris telah memperkenalkan pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu tetapi telah mendapat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu eshingga memaksa Inggeris memansuhkannya dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kebangkitan orang-orang Melayu menentang Malayan Union merupakan kesan daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu sewaktu Perang Dunia Kedua sehingga melahirkan semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu. 

SEJARAH MALAYSIA: NOTA 2

Faktor-faktor Jepun dapat menawan Tanah Melayu dengan mudah semasa Perang Dunia Kedua

[ Rujuk Nota Kuliah 6 / 16 Disember 2009 di ruangan 'catatan lama']

KULIAH 6 [16 Disember 2009]:

SEBAB-SEBAB JEPUN DAPAT MENAWAN TANAH MELAYU DENGAN MUDAH DALAM PERANG DUNIA KEDUA.

BAHAN BACAAN / RUJUKAN:SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH, PERAK.

1. Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Fajar Bakti, Shah Alam, 2006. Muka surat: 507-512

2. Mahdi Shuib, Suzani Osman dan Sazlina Othman, Pra-U Sejarah Malaysia, Pearson, Petaling Jaya, 2005. Muka surat: 188-190

3. Ong Loo Chen, Sejarah STPM Kertas 940/2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur (1800-1963), Pelangi, Bangi, 2005. Muka surat: 147-148.

4. Norizan Yusof, Sejarah Malaysia (Kertas 2: Bahagian A ), Federal- Marshall Cavendish Education, Shah Alam, 2009. Muka surat: 268-269.

Pengenalan

Pembaharuan Meiji dalam melaksanakan pemodenan menyebabkan Jepun memerlukan pelbagai bahan mentah untuk keperluan industrinya. Kesan daripada perlaksanaan dasar tersebut, Jepun melancarkan perluasan kuasa dengan menyertai Perang Dunia Kedua. Setelah menyerang dan menawan beberapa negara Asia, Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 apabila mendarat di Kota Bharu, Kelantan dan pada 31 Januari 1942 seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Jepun hanya mengambil masa 70 hari untuk menawan Tanah Melayu, satu jangka masa yang amat singkat. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Jepun begitu mudah menawan Tanah Melayu.

Isi:

Ketidaksediaan dan kelebihan tentera British

Tentera British di Tanah Melayu tidak bersedia untuk menghadapi sebarang serangan dari tentera Jepun. Pihak British tidak menyangka Jepun akan menyerang Tanah Melayu dari bahagian utara. British memusatkan pertahanan di bahagian selatan terutamanya, di Singapura. Pertahanan British di Tanah Melayu beranggapan bahawa bantuan akan dihantar oleh pihak Britain di Eropah sekiranya Tanah Melayu diserang. Malangnya Britain tidak dapat meng¬hantar bantuan ketenteraan apabila Tanah Melayu diserang oleh Jepun meman¬dangkan Britian sendiri berhadapan dengan Perang Dunia Kedua di Eropah. Keadaan ini telah memudahkan tentera Jepun menawan Tanah Melayu. Tentera British di Tanah Melayu juga tidak mempunyai peralatan yan sempurna dan latihan ketenteraan malah mereka terlalu percaya kepada askar-askar upahan dari India. Namun begitu sebahagian askar-askar upahan India ini terpengaruh dengan propaganda Jepun di Tanah Melayu.

Kelemahan pertahanan laut British

British memusatkan pertahannya di Singapura termasuk turut dilengkapi dengan dua buah kapal perang iaitu HMS Repulse dan Prince of Wales. Pertahanan laut British telah lum¬puh dengan kejayaan Jepun meneng¬gelamkan kedua-dua buah kapal tersebut pada 10 Disember 1941 ber¬hampiran dengan Kuantan. British percaya kehadiran kedua-dua buah kapal perang tersebut mampu menlindungi Tanah Melayu daripada sebarang ancaman. Namun begitu dengan tenggelamnya kedua-dua buah kapal tersebut, maka British tidak lagi mempunyai kekuatan per¬tahanan laut untuk mempertahankan pantai-pantai Tanah Melayu. Ini telah memudahkan Tanah Melayu ditawan oleh Jepun. Semangat tentera-tentera British di Tanah Melayu turut berkubur bersama-sama tenggelamnya kapal-kapal tersebut dan member laluan mudah Jepun menawan Tanah Melayu.

Kekurangan-kekurangan tentera British

Tentera British tidak mempunyai semangat berperang yang tinggi terutamanya apabila mereka tewas dalam pertempuran-pertempuran awal dengan Jepun di Tanah Melayu. Keadaan bertambah buruk dengan penenggelaman dua buah kapal perang British di perairan Pahang. Sebilangan besar tentera British pula terdiri daripada askar-askar upahan India yang bukan sahaja muda tetapi tidak mempunyai pengalaman berperang. Askar-askar ini juga berkemungkinan besar telah dipengaruhi oleh propaganda Jepun seperti "Asia untuk orang Asia". Semangat mereka untuk berperang adalah diragui malah mereka telah beralih dengan pro kepada Jepun yang turut berjanji akan membebaskan negara India daripada penjajahan British. British juga menghadapi masalah kewangan akibat Kemelesetan Ekonomi Dunia (1929-1932) dan tidak mampu membeli peralatan perang yang moden dan canggih sebagaimana yang dimiliki oleh Jepun.

Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun

Jepun telah mengatur perancangan dan persiapan perang yang rapi dan teliti sebelum menyerang Tanah Melayu. Mereka telah mengumpulkan pelbagai maklumat penting tentang ke¬dudukan pertahanan British, bilangan tentera British, peralatan tentera yang mereka miliki dan keadaan geografi sebelum menyerang Tanah Melayu. Tentera Jepun juga mempunyai rangkaian pengintipan yang cekap di Tanah Melayu sehingga dapat mengesan per¬tahanan Singapura begitu kukuh dan susah ditawan dari laut tetapi barisan pertahanan yang lain amat lemah. Justeru itu, Jepun telah menyerang melalui utara Tanah Melayu dengan menyerang pantai Timur dan pantai Barat. Tentera Jepun juga sedar tentang kekuatan tentera British hanya tertumpu di beberapa buah bandar besar sahaja dan mereka menyedari ke¬perluan Jepun menawan dan memusahkan barisan per-tahanan tersebut. Jepun juga berusaha mendapatkan sokongan daripada penduduk Asia termasuk penduduk Tanah Melayu dengan melancarkan pelbagai slogan propaganda seperti ‘Asia Untuk Orang Asia’. Jepun juga berusaha mendapatkan sokongan daripada pemimpin-pemimpin politik Melayu berhaluan kiri untuk menyokong Jepun. Dalam hal ini Jepun berjaya mendapatkan kerjasama daripada KMM yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakub.

Kelebihan-kelebihan tentera Jepun

Tentera-tentera Jepun telah dilengkapi dengan semangat perjuangan yang tinggi. Mereka telah dilatih dengan baik untuk menyerang Semenanjung Tanah Melayu termasuk latihan dalam cara-cara men¬darat di Taiwan dan Indo-China. Ma¬lahan sesetengah daripada mereka mempunyai pengalaman berperang di negara China. Mereka berkebolehan untuk menyesuaikan di dengan pelbagai situasi dan telah berseda menghadapi penyakitmalaria serta penyakit tropika yang lain. Tentera Jepun juga telah disemaikan dengan disiplin ketenteraan yang tinggi dan semangat nasionalisme yang cukup kuat. Mereka telah disemaikan dengan semangat ‘Bushido’ang mana mereka mempunyai cirri askar yang berani, setia kepada tugas dan sanggup menderita, taat setia kepada Maharaja dan Negara. Sebagi contoh Tentera ‘Kamikaze’ Jepun sanggup mengorbankan diri demi kepentingan Negara. Tentera Jepun diketuai oleh pegawa-i¬pegawai tentera yang berkebolehan dan berpengalaman seperti Yamashita dan Tsuji. Tentera Jepun juga mempunyai se¬mangat yang berkobar-kobar. Mereka sedia berkorban demi kepentingan dan keagungan negara Jepun. Faktor ini telah membolehkan tentera Jepun mengalahkan tentera British walau¬pun bilangan mereka secara relatif adalah kecil. Tentera British ber-jumlah lebih daripada 130 000 orang manakala tentera-Jepun hanya ber¬jumlah kira-kira 60 000 orang. Tentera Jepun juga mempunyai taktik¬taktik peperangan yang baik dan lebih praktis seperti menunggang basikal di hutan. Ini telah mempercepat¬kan kemaraan mereka ke selatan Se¬menanjung Tanah Melayu. Tentera Jepunjuga menguasai udara selepas memusnahkan kapal-kapal terbang British. Jepun mempunyai kapal-kapal terbang yang lebih moden dan lebih banyak berbanding dengan pihak British.

Kesimpulan

Jepun berjaya menawan Tanah Melayu dalam tempoh yang singkat iaitu sepuluh minggu sahaja. Penawanan dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 dan berakhir pada 12 September 1945. Terdapat pelbagai faktor yang memudah proses penaklukan Tanah Melayu oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua sama ada akibat kelemahan pihak British di Tanah Melayu mahu pun kekuatan dan kelebihan yang dimiliki oleh tentera Jepun. Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dianggap sebagai mimpi ngeri kerana dipenuhi dengan keganasan, penderitaan, kemiskinan dan kebuluran. Pendudukan Jepun juga banyak mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu. Namun begitu kesan yang penting ialah kesedaran orang Melayu untuk mempertahan dan memeliharaan kedaulatan negara sehingga membangkitan penentangan terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

NOTA 4

SEJARAH MALAYSIA: NOTA 4

Sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union 1946 dan menerima Persekutuan Tanah Melayu 1948

Pendahuluan

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 yang dilaksanakan berdasarkan Piagam Atlantik. Piagam ini pada dasarnya merancang ke arah berkerajaan sendiri bagi tanah-tanah jajahan British. Namun orang-orang Melayu terutamanya tidak dapat menerima gagasan ini lalu bangkit menentang sekeras-kerasnya menyebabkan pada 23 Julai 1946, British telah melantik satu Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada 4 orang wakil Sultan Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan

British yang dipengerusikan oleh Sir Malcom Mac Donald untuk menggubal satu perlembagaan baru untuk manggantikan Malayan Union. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM 1948) didapati dapat diterima oleh orang-orang Melayu berbanding dengan Malayan Union 1946 yang mendapat tentangan hebat.


Sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union (MU)

a) Kehilangan Kuasa Sultan

Walaupun Perlembagaan MU tidak menghapuskan institusi sultan sama sekali, tetapi mereka tidak mempunyai sebarang kuasa di dalam memerintah. Kuasa memerintah dipegang sepenuhnya oleh Gabenor. Jelasnya MU telah merampas kedudukan sultan-sultan yang hanya sekadar berkuasa dalam bidang agama dan adat istiadat Melayu sahaja. Itupun Majlis Mesyuarat Agama dipengerusikan oleh Gabenor.

b) Syarat Kewarganegaraan Yang Longgar

Perlembagaan MU mencadangkan pemberian kerakyatan yang amat liberal kepada orang-orang bukan Melayu. Disamping prinsip jus soli setiap orang yang bermastautin lebih daripada 5 tahun di MU boleh memohon untuk mendapatkan kerakyatan. MU memperakukan hak-hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang. Ini bermakna hak dan kedudukan orang Melayu akan berakhir. Isu ini merupakan isu bantahan yang paling keras sekali.

c) Tindakan Sir Harold MacMichael Mendapatkan Tandatangan Sultan

Tindakan wakil British, Sir Harold MacMichael memaksa sultan-sultan Melayu menurunkan tanda tangan juga benar-benar telah mengguris hati orang-orang Melayu. Sultan-sultan langsung tidak diberi waktu untuk mempertimbangkan keputusan untuk melaksanakan MU sebaliknya telah diugut untuk diturunkan takhta sekiranya tidak menurunkan tanda tangan. Contohnya pernah berlaku kepada sultan Kedah.

d) Sokongan Bekas Pegawai-pegawai British

Masyarakat Melayu juga mendapat sokongan daripada bekas-bekas pegawai British yang pernah bertugas di Tanah Melayu. Mereka adalah seperti Frank Swettenham, Sir Cecil Clementi Smith, Sir George Maxwell dan Ronald Bradell. Malah Ronald Bradell telah

menjadi penasihat kepada UMNO. Sokongan ini menambahkan lagi semangat orang Melayu untuk menentang MU.

Sebab-sebab orang Melayu menerima Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

a) Struktur Negeri

PTM 1948 terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Singapura dipisahkan daripada PTM dan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dan ditadbir secara berasingan. Rasional British mengasingkan Singapura ialah kerana bimbang orang Melayu akan dikuasai oleh orang Cina. PTM 1948 akan diketuai oleh pesuruhjaya tinggi British yang dilantik oleh

baginda Queen. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan berperanan untuk membantu dan memberi nasihat kepada pesuruhjaya tinggi tetapi beliau tidak semestinya menerima nasihat majlis ini. Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan untuk menasihati pesuruhjaya tinggi British. Majlis ini akan bersidang bila-bila masa sahaja jika perlu. Persidangan akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada sembilan orang raja itu.

b) Kedudukan Raja-Raja Melayu

PTM 1948 telah memulihkan kedudukan sultan-sultan seperti kedudukan sebelum perang. Sultan mempunyai hak kuasa pemerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan Perundangan Negeri. Rang undang-undang yang diluluskan oleh kedua-dua dewan tersebut mestilah disahkan oleh baginda sultan. Jelasnya PTM memulakan corak kerajaan Raja Berperlembagaan

c) Kewarganegaraan

Perkara ini diberi perhatian mendalam oleh Jawatankuasa Kerja. Syarat-syarat kerakyatan kembali menjadi ketat, antaranya ialah ;

i) Mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin di situ sekurang-kurangnya lapan tahun daripada dua belas tahun.

ii) Mereka yang telah tinggal di Persekutuan sekurang-kurangnya lima belas tahun daripada 20 tahun terdahulu daripada permohonan tersebut dibuat.

Di sini jelas bahawa PTM 1948 telah melayan sebahagian besar tuntutan orang-orang Melayu berkenaan dengan pemberian kerakyatan, dan hak keistimewaan orang-orang Melayu juga terpelihara dalam PTM 1948.

Kesimpulan

Dengan ini jelaslah bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 jauh lebih baik daripada Perlembagaan Malayan Union 1946 dan ia dapat diterima oleh orang-orang Melayu. Namun begitu, Persekutuan Tanah Melayu 1948 mendapat bantahan daripada kaum bukan Melayu, parti politik berhaluan kiri, dan golongan progresif revolusiner. Ketiga-tiga pihak ini tidak bersetuju dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mereka tidak diajak sama berbincang ketika merangka Perlembagaan Persekutuan 1948. Mereka menganggap Perlembagaan Persekutuan 1948 tidak mewakili semua kaum yang ada di Tanah Melayu. Namun begitu rentetan dari Perlembagaan Persekutuan 1948, telah menjadi teras kepada pembentukan sistem ahli dan seterusnya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

NOTA 6 DAN 5

SEJARAH MALAYSIA: NOTA 6

Dasar-dasar Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga tahun 1945.

Pengenalan

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 apabila Singapura jatuh ke tangan Jepun dan berakhir pada 12 September 1945. Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu berlangsung selama 3 tahun 8 bulan. Jepun mengambil tindakan menyerang negara-negara di Asia termasuk Tanah Melayu kerana kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan sektor industri dan ketenteraannya. Jepun telah melaksanakan beberapa dasar dalam bidang politik, sosial dan ekonomi untuk menguasai negara dan penduduk di Tanah Melayu supaya

memberikan sokongan kepada pemerintahan Jepun.

Dasar Politik, sosial dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu

A) Dasar Politik

1. Jepun melaksanakan corak pemerintahan tentera di Tanah Melayu. Tanah Melayu diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera yang berpusat di Singapura diketuai oleh Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita. Pada peringkat pertama corak pemerintahan Jepun keras dan zalim. Selepas Jun 1943, Jepun mengubah dasarnya kepada bertolak ansur dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan sokongan mereka kerana mengalami banyak kekalahan.

2. Pentadbiran Tanah Melayu dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu

a) Pentadbiran Negeri-Negeri Selat dijalankan oleh Gabenor yang berpusat

di Singapura. Nama Singapura ditukar kepada Syonan yang bermaksud Cahaya Selatan.

b) Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan sebagai Malai Baru. Tanah Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah ditadbir oleh Gabenor. Gabenor menerima arahan daripada Gabenor di Singapura. Pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera telah disatukan sehingga tahun 1943.

3. Pada Ogos 1943, Negeri-Negeri Melayu Utara telah diserahkan kepada Thailand selaras dengan perjanjian pada 11 Disember 1941. Tindakan ini sebagai membalas jasa Thailand membenarkan Jepun melalui negara itu untuk menyerang Tanah Melayu.

4. Jepun telah mewujudkan tiga jenis pasukan perisik tentera:

a) Kempeitai: menjadi perisik dalam masyarakat untuk mendapatkan maklumat anti-Jepun. Mereka sangat kejam dan membunuh ramai orang yang disyaki anti-Jepun.

b) Tekikan: mat-mata yang bertugas mencari musuh-musuh yang pro British untuk menentang Jepun. Mereka menjalankan propaganda, sabotaj dan pembunuhan.

c) Toko: pegawai-pegawai Jepun yang bertugas untuk merisik di seluruh Tanah Melayu sehinggakan Jepun tidak menghadapi ancaman dari dalam negeri.

5. Jepun memberikan keistimewaan kepada orang Melayu untuk mendapatkan sokongan daripada mereka. Ramai orang Melayu dilantik berkhidmat dengan Jepun sebagai Pegawai Daerah, polis dan tentera. Raja-raja Melayu diiktiraf dan kedudukan mereka dikekalkan.

6. Walaupun Jepun mengamalkan dasar pro Melayu tetapi orang Melayu tetap tidak berpuas hati kerana kezaliman Jepun, kesengsaraan, kebuluran, penderitaan dan ketakutan. Perkara ini membangkitkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu.

7. Jepun mengamalkan dasar diskriminasi terhadap orang Cina kerana permusuhan orang Cina dan Jepun sejak Perang China-Jepun 1937. Tambahan pula orang Cina membantu British menentang Jepun. Selepas British menyerah kalah ramai orang Cina dibunuh oleh tentera Jepun. Pada tahun 1944, Jepun mula bertolak ansur kepada orang Cina kerana bergantung kepada orang Cina dalam bidang ekonomi. Jepun memerlukan bantuan makanan daripada orang Cina. Walau bagaimanapun kekejaman Jepun kepada orang Cina telah mengukuhkan lagi fahaman kebangsaan Cina dan sentimen anti-Jepun.

8. Jepun memberi layanan yang baik kepada orang India. Untuk menarik sokongan orang India, Jepun membantu menubuhkan Liga Kebangsaan India dan Tentera Nasional India. Jepun menyokong penubuhan kerajaan buangan Azad Hind yang dipimpin oleh Subha Chandra Bose. Walau bagaimanapun orang India masih menderita kerana kesengsaraan hidup, dipaksa bekerja di ladang, menjadi buruh paksa membina jalan kereta api maut di sempadan Thailand, tiada pekerjaan, dan diseksa.

B) Dasar Sosial

1. Jepun berusaha mengukuh kedudukan mereka di Tanah Melayu dengan memaksa penduduk menerima dan mengamalkan nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun.

2. Jepun telah mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum penjajahan Jepun. Jepun juga mengambil langkah menukar nama akhbar-akhbar tempatan kepada nama Jepun seperti Malai Shimbun untuk Utusan Melayu.

3. Bahasa Jepun diajar di sekolah-sekolah, kelab-kelab dan pejabat. Sekolah Cina dan sekolah Inggeris ditutup dan digantikan dengan sekolah mengajar bahasa Jepun. Peluang kenaikan pangkat dan kemudahan-kemidahan lain diberikan mengikut kebolehan dan kemahiran bertutur dalam bahasa Jepun.

4. Hari-hari cuti am adalah berdasar kepada kalendar Jepun seperti hari jadi maharaja, hari angkatan tentra darat, laut dan musim menuai di Jepun. Semua ini bertujuan menaikan semangat nasionalisme rakyat Tanah Melayu terhadap negara Jepun.

5. Jepun cuba menghapuskan pengaruh Barat dalam kalangan penduduk Tanah Melayu dengan cara mengharamkan penggunaan radio gelombang pendek, mengharamkan filem-filem Barat, dilarang mendengar lagu-lagu Barat dan menutup tempat tari-menari di pusat-pusat hiburan.

6. Jepun mengambil langkah memburuk-burukkan kebudayaan Barat supaya dibenci penduduk tempatan .

C) Dasar Ekonomi

1. Pemerintahan Jepun mengamalkan dasar ekonomi bersifat berdikari dan dasar tutup pintu. Jepun menggalakkan penubuhan industri ringan bagi menghasilkan barangan keperluan dalam negeri seperti minyak, sabun dan tali serta tidak menggalakkan barangan tersebut dieksport.

2. Perusahaan-perusahaan penting diambil alih dan dikuasai oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Mitsui dan Mitsubishi.

3. Jepun juga memperkenalkan mata wang “Pokok Pisang”. Keadaan tidak terkawal serta kekurangan barang-barang pengguna menyebabkan berlakunya inflasi dengan harga barangan melambung tinggi dan nilai mata wang Jepun menjunam jatuh.

4. Kegiatan ekonomi yang dulunya dikuasai oleh pengusaha Cina dan British telah diambil alih oleh tentera Jepun menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot.

5. Jepun membangunkan bidang pertanian untuk mengatasi masalah kekurangan makanan. Jepun memperkenalkan Rancangan Tiga Tahun Sara Diri untuk meningkatkan pengeluaran pertanian khususnya tanaman padi. Jepun turut menggalakkan rakyat menanam ubi kayu, keledek dan keladi di sekeling rumah mereka untuk mengatasi masalah kekurangan makanan.

6. Pada tahun 1943 Tanah Rizab Melayu dibuka kepada orang bukan Melayu untuk dijadikan kawasan pertanian bagi mengatasi masalah kekurangan makanan.

7. Dasar ekonomi Jepun telah menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot teruk. Keadaan ini menimbulkan masalah kebuluran, pengangguran dan masalah sosial.



[ Dipetik daripada Skema Peperiksaan Sejarah 2 STPM Negeri Perlis 2010 ]

SEJARAH MALAYSIA: NOTA 5

Mengapakah gerakan penentangan terhadap Malayan Union lebih berjaya berbanding dengan Gerakan Anti Penyerahan di Sarawak

Pengenalan

Malayan Union (MU) diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 yang bertujuan untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu sistem pemerintahan berpusat yang diketuai oleh Gabenor. Gerakan anti penyerahan di Sawarak pula timbul apabila Charles Vyner Brooke mengambil keputusan menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British selepas Sarawak mengalami kemusnahan akibat pendudukan Jepun. Kedua-dua dasar ini telah menimbulkan tentangan daripada penduduk tempatan. Penentangan terhadap Malayan Union berjaya mencapai matlamatnya apabila MU diganti dengan Persekutuan 1948. Penentangan Gerakan Anti Penyerahan di Sarawak gagal mencapai matlamatnya apabila Sarawak secara rasminya diserahkan kepada kerajaan British pada 15 Julai 1946.

Isi

i. Kepimpinan

Ø Kejayaan MU banyak dipengaruhi oleh faktor kepimpinan. Kepimpinan Dato Onn berjaya menggerakkan penyatuan orang Melayu dan mengorganisasikan penentangan terhadap gagasan MU secara berkesan. Dato’ Onn berjaya menyatukan semua orang Melayu atau pertubuhan-pertubuhan Melayu seluruh negara yang sebelum ini bersifat kenegerian.

Ø Di Sarawak tidak ada pemimpin yang berwibawa untuk menggerakkan penentangan yang berkesan terhadap penyerahan Sarawak. Keadaan ini berlaku selepas kematian Datu Patinggi Abang Hj Abdillah.

ii. Sokongan Penduduk

Ø Penentangan terhadap MU mendapat sokongan menyeluruh daripada penduduk di Tanah Melayu. Hampir seluruh bandar utama di Tanah Melayu mengadakan tunjuk perasaan membantah MU.

Ø Di Sarawak tidak wujud sokongan yang meluas daripada penduduk Sarawak. Golongan yang menyokong Gerakan Anti Penyerahan terdiri daripada golongan terpelajar yang berada di kawasan bandar. Penduduk yang berada di luar bandar tidak bangkit menentang kerana mereka tidak mempunyai kesedaran politik.

iii. Pertubuhan Politik

Ø Di Tanah Melayu diwujudkan sebuah pertubuhan Melayu hasil Kongres Melayu. Pertubuhan yang ditubuhkan di istana Johor iaitu UMNO berjaya menyatukan orang Melayu dan menjadi wadah kepada orang Melayu untuk menentang MU.

Ø Di Sarawak wujud beberapa pertubuhan yang menentang Gerakan Anti Penyerahan seperti Persatuan Melayu Sarawak, Pesatuan Dayak Sarawak dan lain-lain namun mereka gagal membentuk sebuah pertubuhan politik yang lebih besar seperti UMNO.

iv. Sokongan luar



Ø Penentangan terhadap MU mendapat sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Cecil Clementi Smith, Frank Swettenham, George Maxwell, Richard Winstedt, Ronald Bradell. Mereka ini membantah pelaksanaan MU di Tanah Melayu dan mengkritik dasar British itu melalui akhbar ‘The Times’ di London. Peranan bekas pegawai British ini juga penting dalam mempengaruhi dasar British itu di Tanah Melayu.

Ø Di Sarawak tidak wujud sokongan seperti itu dalam penentangan penduduk tempatan terhadap gerakan penentangan terhadap British.

v. Peranan Akhbar

Ø Peranan akhbar cukup penting dalam menjayakan penentangan terhadap MU. Antara akhbar yang memainkan peranan penting ialah Majlis di Kuala Lumpur, Warta Negara di Pulau Pinang dan Utusan Melayu di Singapura. Akhbar-akhbar ini berjaya memainkan peranan membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang bahaya MU dan nasib yang akan menimpa orang Melayu jika MU dilaksanakan.

Ø Keadaan seperti ini tidak wujud di Sarawak.

vi. Tindakan British.

Ø Tindakan British di Sarawak berjaya melemahkan Gerakan Anti Penyerahan. Antara tindakan-tindakan British ialah melaga-lagakan sesama kaum pribumi iaitu antara orang Melayu dengan Iban. British juga mengeluarkan Pekeliling No.9 yang menghalang kakitangan kerajan daripada terlibat dengan gerakan anti penyerahan dan menukarkan tempat kerja pemimpin Gerakan Anti Penyerahan. Tindakan-tindakan British ini telah berjaya melemahkan Gerakan Anti Penyerahan. British juga mengambil tindakan yang keras ke atas Ahli Rukun 13 yang melancarkan penentangan yang agresif terhadap British.

Ø Keadaan seperti di Sarawak tidak berlaku di Tanah Melayu

Kesimpulan

Kejayaan penentangan terhadap MU terbukti apabila kerajaan British mengumumkan Persekutuan 1948 bagi menggantikan MU. Kejayaan menggantikan MU dengan Persekutuan dianggap satu kemenangan kepada orang Melayu. Sebaliknya Sarawak terus diserahkan kepada British dan ditadbir oleh British sehinggalah kerajaan British bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Sarawak apabila Sarawak bersetuju menyertai Malaysia pada tahun 1963.

NOTA 8 DAN 7

SEJARAH MALAYSIA: NOTA 8

Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.

Pengenalan

Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatan kuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu (PTM) yang baru. Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan.

Ciri-ciri PTM 1948

PTM terdiri dr 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat.

Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan.

Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang.

Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dgn bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang.

Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bmiputera.

Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan.

Reaksi terhadap penubuhan PTM 1948

a. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)

Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggap tidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.

MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu seperti Malayan Indian Congres, The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan Buruh Seluruh Tanah Melayu, Malayan

Peoples Anti Japanese Army dan Ex-Servise Comrades Association membentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.

AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supaya perlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu, dan UMNO dibatalkan. Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana terlalu radikal.

b. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

PUTERA merupakan pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan perlembagaan PTM 1948.

 Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan Rakyat Melayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGA RAKYAT pada Februari 1947.

c. Tentangan AMCJA-PUTERA

Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana tidak mewakili seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan iini tidak bersetuju kerana British secara sulit telah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.

Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyat Tanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.

Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatan AMCJA-PUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana dianggap radikal.

Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Kesimpulan

Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan memperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja. Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu. PTM 1948 menjadi asas kpd Perlembagaan Kemerdekaan 1957.



SEJARAH MALAYSIA: NOTA 7

Bandingkan ciri-ciri Malayan Union1946 dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Pengenalan

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 berdasarkan Piagam Atlantik yang menggariskan supaya semua tanah jajahan akan diberikan kemerdekaan. Gagasan Malayan Union yang

diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu bukan sahaja mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu, malahan sultan-sultan Melayu turut memulaukan gagasan tersebut. Gagasan tersebut menemui kegagalan disebabkan syarat-syarat yang terkandung

dalam perlembagaan tersebut amat tidak memuaskan hati kaum Melayu, terutama berkaitan hak istimewa dan taraf kewarganegaraan yang akan menggugat kepentingan kaum peribumi. British telah melantik jawatankuasa kerja untuk menggubal satu perlembagaan baharu sehingga terlaksananya Persekutuan Tanah Melayu 1948.



Isi

1. Penggubalan Perlembagaan MU adalah hasil daripada rancangan pembaharuan politik yang dirancang oleh British semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada Julai 1943, Unit Perancangan Tanah Melayu (Malayan Planning Unit) telah merangka sistem pentadbiran baru yang bakal dilaksanakan di Tanah Melayu. Hasil idea Sir Edward Gent yang mahu menggabungkan negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka menjadi Malayan Union. Singapura dipisahkan menjadi Tanah Jajahan berasingan. Manakala perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah hasil idea daripada Jawatankuasa Kerja yang dipengerusikan oleh Sir Malcom McDonald. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 orang ahli iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang wakil Pegawai British ianya dikenali juga sebagai Lembaga 12. Orang bukan Melayu tidak diajak menduduki kerusi Jawatankuasa Kerja kerana tidak dianggap sebagao penduduk asal negara ini. Hasil laporan tersebut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan kerajaan pusat kuasa yang lebih luas seperti MU tetapi masih menghormati keperibadian

Negeri-negeri Melayu.

2. Dalam perlembagaan Malayan Union 1946, Negeri-negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah satu pemerintahan pusat yang diketuai oleh seorang gabenor dengan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Perundangan. Singapura diasingkan daripada Malayan Union dan dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Manakala dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat dalam satu pentadbiran persekutuan yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi dengan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undang-undang Persekutuan. Keadaan ini memberi peluang ke arah pemerintahan berkerajaan sendiri kerana dalam Majlis Undang-undang Persekutuan mempunyai 75 ahli yang terdiri daripada 14 ahli rasmi daripada pegawai kerajaan, 9 Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Undangundang Negeri mewakili Negeri-negeri Melayu, 2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri yang mewakili Melaka dan Pulau Pinang.

3. Dalam aspek kedudukan Sultan pula, Malayan Union telah meletakkan Sultan hanya berhak dan berkuasa ke atas hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Mereka tidak mempunyai kuasa di bidang pentadbiran, Majlis Mesyuarat Negeri masih kekal menguruskan hal ehwal kerajaan tempatan tetapi tidak berada di bawah pemerintahan pusat. Situasi ini berbeza dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang memberi hak kepada sultan untuk memerintah kerajaan negeri dengan bantuan Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Perundangan Negeri. Mereka diberi kuasa ke atas kerajaan tempatan, pendidikan, kesihatan, pertanian dan tanah. Manakala undangundang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Negeri harus mendapat persetujuan daripada Sultan. Majlis Raja-raja Melayu juga ditubuhkan bagi

memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan mengenai hak-hak dan kepentingan Sultan serta saranan untuk membantu pemerintahan negeri atau persekutuan.

4. Dalam aspek hak kewarganegaraan, perlembagaan Malayan Union memberi hak kenegaraan yang sama kepada semua orang tidak mengira bangsa dan asal keturunannya. Hak ini termasuk peluang untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihanraya. Kaum bukan Melayu menikmati hak kewarganegaraan yang longgar melalui prinsip ‘jus soli’ samada melalui

kuatkuasa undang-undang atau perhubungan. Manakala Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengenakan syarat kewarganegaraan yang lebih ketat terutama kepada warga negeri asing dengan perlu menetap 8 tahun daripada 12 tahun atau 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonan prinsip ‘jus soli’ telah dimansuhkan. Manakala hak minimum untuk memohon

kewarganegaraan adalah 18 tahun, mempunyai perwatakan baik dan menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dengan cara ini kadar migrasi dapat dikawal dan orang Melayu lebih terjamin kedudukannya.

5. Pengenalan Malayan Union telah menggugat hak keistimewaan sebagai pribumi Tanah Melayu yang sejati apabila semua bangsa dan kaum layak untuk dipertimbangkan memasuki perkhidmatan awam dan satu undi dalam pilihanraya umum. Begitu juga syarat kewarganegaraan yang longgar telah menjejaskan kedudukan orang Melayu kerana kemasukan orang asing ini akan menggugat penguasaan ekonomi orang Melayu. Manakala Persekutuan

Tanah Melayu 1948 orang Melayu telah diberikan hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera. Mereka mempunyai wakil terbesar dalam kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri juga berlaku pertambahan ahli rasmi dan tidak rasmi dalam Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undang-undang Persekutuan.

6. Perlembagaan MU telah diterima baik oleh orang bukan Melayu kerana pemberian hak yang sama rata kepada semua kaum. Syarat-syarat kewarganegaran yang longgar juga amat dipersetujui kerana memberi peluang kepada mereka untuk menjadi warganegara Tanah Melayu. Tetapi dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, hak-hak tersebut

diketepikan dengan syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat. Bantahan telah dibuat oleh kaum bukan Melayu, parti politik Melayu berhaluan kiri dan golongan revolusioner. Ketiga-tiga pihak tidak bersetuju dengan perlembagaan Persekutuan kerana mereka tidak diajak sama berbincang dan tidak mewakili semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

Kesimpulan

Syarat di dalam Perlembagaan Malayan Union yang membelakangkan kepentingan hak orang Melayu, kehilangan kuasa Sultan, taraf kewarganegaraan yang longgar telah memaksa perlembagaan ini diganti dengan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu yang lebih bersifat tolak ansur. Ini menunjukkan muncul sifat toleransi antara kaum dan ianya dapat dilihat berdasarkan kepada isi kandungan syarat yang terdapat di dalam kedua-dua perlembagaan yang telah dibincangkan. Hasrat ke arah berkerajaan sendiri menjadi lebih jelas apabila kepentingan orang Melayu telah diberi perhatian oleh British. Beberapa perubahan pentadbiran yang dibuat memberi peluang kepada orang Melayu mentadbir dan hasilnya pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.



[ Dipetik daripada Skema Peperiksaan Percubaan Sejarah 2 STPM Negeri Kedah 2011 melalui http://sejarahstpm.blogspot.com ]

Tuesday, 13 December 2011

SEJARAH MALAYSIA: NOTA 9

CUTI-CUTI BELAJAR SMK SULTAN YUSSUF [ TG 6RK1, 6RK3 & 6RK4 ] 2011

SEJARAH MALAYSIA: NOTA 9

GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK

Pengenalan

Sarawak diperintah oleh Keluarga Brooke bermula dengan James Brooke (I940an) dan berakhir dengan pentadbiran Vyner Brooke (1941-1945). Sewaktu Perang Dunia Kedua, Sarawak dikuasai oleh Jepun dan setelah tamat pendudukan Jepun, Vyner Brooke membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Tindakan ini bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan kemerdekaan Sarawak. Pada 1 Julai 1946, British telah mengisytiharkan Sarawak sebagai Tanah Jajahan Mahkota dan akibatnya timbul penentangan daripada penduduk Sarawak terutamanya orang Melayu dan Dayak,



Proses Penyerahan

1. Pada 1944, British mengadakan perbincangan dengan Vyner Brooke tentang Sarawak dan beliau telah bersetuju menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British tanpa mengadakan sebarang perundingan dengan penduduk Sarawak.

2. Sebab-Sebab Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British:

a. Desakan British (kepentingan pelaburan)

Vyner Brooke enggan menyerahkan Sarawak kepada British tetapi di­desak berbuat dengan alasan pelaburan British di Sarawak akan lebih selamat berbanding jika Sarawak diberikan taraf berkerajaan sendiri.

b. Masalah keluarga Brooke

Vyner Brooke telah lanjut usia dan tidak dapat mentadbir dengan cekap dan berkesan. Keuzuran tersebut mebuatkan beliau mengambil keputusan untuk bersara. Namun begitu beliau tidak mempunyai waris atau pengganti. Vyner Brooke enggan menyerah pentadbiran kepada anak saudaranya Anthony Brooke yang pada pendanganya kurang bekebolehan atau berwibawa sebagai pemerintah Sarawak.

c. Masalah kewangan

Sarawak telah mengalami kemusnahan yang teruk akibat PDII termasuk kemusnahan sektor ekonomi. Pentadbiraif Brooke tidak mem­punyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membangunkan semula Sarawak selepas tamat pendudukan Jepun.

3. Pada Januari 1946, Gerard MacBryan (Setiausaha Peribadi Vyner Brooke) dihantar ke Sarawak untuk mengadakan rundingan untuk mendapatkan persetujuan ketua-ketua kaum bumiputera Sarawak. MacBryan berjiaya mendapatkan persetujuan mereka dengan menggunakan tipu helah.

4. Vyner Brooke mengisytiharkan persetujuan Majlis Tertiinggi mengenai penyerahan Sarawak. Penduduk Sarawak membantah keputusan tersebut. Kesan bantahan tersebut, Pe'jabat Tanah Jajahan di London telah meminta Vyner Brooke agar mendapatkan persetujuan secara rundingan dan demokrasi. Tindakan ini diharap dapat mengurangkan bantahan dan penentangan penduduk Sarawak terhadap prows penyerahan.

5. Perkara ini telah dibawa kepada Majlis Negeri yang kemudian telah meluluskan Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak dengan 1 S undi menyokong dan 16 undi menentang. Usul penyerahan disokong oleh ahli Majlis Negeri bukan bumiputera. Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota pada 1 Julai 1946 dengan Charles Arden Clarke sebagai Gabenor Sarawak yang pertama. Penyerahan ini telah mengakibatkan berlakunya Gerakan Antipenyerahan yang menentang British dari Julai 1946 - 1949.

Faktor-Faktor Kebangkitan Gerakan Antipenyerahan Sarawak

1. Tindakan Vvner Brooke

Beliau membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada British tanpa berunding dengan pemimpin tempatan dan ketua-ketua Bumiputera. Mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Vyner Brooke yang mengenepikan mereka dalam rundingan penyerahan Sarawak dengan British. Tambahan pula tindakan Gerard MacBryan yang menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan tandatangan persetujuan penyerahan Sarawak.

2. Perlembagaan 1941

Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British adalah bertentangan dengan Perlembagaan 1941. Perlembagaan tersebut telah menjanjikan kerajaan sendiri kepada Sarawak. Tindakan V yner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada British akan menyukarkan Sarawak untuk mendapatkan kemerdekaan.

3. Memulihkan Pemerintahan Brooke

Barisan Pemuda Melayu berhasrat untuk memulihkan semula pentadbiran Brooke di Sarawak. Mereka mahukan Anthony Brooke dilantik sebagai Raja Sarawak yang baru. Pemulihan semula pentadbiran Brooke akan tnernudahkan usaha mendapatkan kemerdekaan Sarawak selaras dengan Perlembagaa 1941. Anthony Brooke turut menyokong gerakan ini tambahan pula hak beliau untuk menjadi Raja Sarawak telah dinafikan akibat penyerahan Sarawak kepada British.

Proses Gerakan Antipenyerahan

1. Tokoh dan persatuan-persatuan yang hebat menentang penyerahan Sarawak kepada British termasuklah Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (Ketua Datu-Data dan masyarakat Melayu), Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Persatuan Dayak Sarawak, Barisan Pernuda Melayu Sibu dan Barisart Pemuda Sarawak.



2. Gerakan Antipenyerahan dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah dan disokong oleh guru-guru dan kakitangan kerajaan. Gerakan ini turut disertai oleh beberapa pertubuhan politik. Kaum

wanita turut seria dalam gerakan ini termasuklah Sharifah Hajah Sipah Tuanku Othman dan Lily Eberwein.

3. Tindakan awal kumpulan penentang ialah menghantar surat bantahan dan telegram kepada kerajaan British tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil. Tindakan ini tidak melemahkan semangat kumpulan penentang. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak telah menganjurkan tunjuk perasaan besar-besaran mendesak British berundur dari Sarawak. Pada 1 Julai 1946, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan Persatuan Dayak Sarawak telah mengadakan tunjuk penasaan dan bertindak meraulaukan upacara pelantikan Gabenor Sarawak yang petama iaitu Charles Arden Clarke di Kuching,

4, British telah bertindak untuk menyekat kumpulan penentang ini dengan mengambil beberapa tindakan:

a. Pekeliling No. 9.

Surat pekeliling ini dikeluarkan pada Disember 1946 untuk memberi amaran kepada semua kakitangan kerajaan agar taat setia kepada kerajaan British dan tidak terlibat dalam Gerakan Antipenyerahan,

b. Kempen memburukkan imej kumpulan penentang.

British telah melancarkan kempen untuk memburuk-buruk imej dan nama kumpulan pejuang antipenyerahan. Kumpulan ini didakwa hanya mempertahan kepentingan dan hack istimewa orang Melayu Sarawak sahaja dan tidak menghiraukan kaum-kaum lain.

c. Melaga-laga orang Melayu dengan orang Dayak.

British telah melaga-­lagakan orang Melayu dengan orang Dayak agar kedua-dua pihak akan bertelagah dan bermusuh serta menentang sesama sendiri. Malah kerajaan British turut mempersenda, menghina dan mencemuh golongan penentang dalam majlis-majlis rasmi kerajaan,

5. Pekeliling No. 9 yang bersifat ugutan dan ancaman telah menyemarakkan perasaan benci kumpulan Gerakan Antipenyerahan. Sebagai tindak balas, 38 orang kakitangan awam telah meletakkan jawatan. Walau bagaimanapun British tidak menghiraukan tindakan tersebut malah kemudian keadaan menjadi semakin reda malah ramai kakitangan kerajaan yang telah kembali memohon jawatan mereka.

6. Suasana tenang yang wujud telah memberi peluang kepada sekurnpulan kecil pejuang Melayu untuk bertindak secara kekerasan. Pada 20 Ogos 1948, Barisan Pemuda Sibu secara sulit telah menubuhkan kumpulan Rukun Tiga Belas, Mereka kecewa kerana bantahan lembut tidak berjaya dan berjanji bertindak balas terhadap golongan yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British.

7. Kemuncak penentangan ialah pembunuhan Gabenor kedua Sarawak iaitu Duncan Stewart. Beliau telah ditikam oleh Rosli Dhobi sewaktu lawatan ke Sibu pada 3 Disember 1949. Beliau meninggal dunia dua hari kemudian. Peristiwa ini membolehkan British bertindak terhadap kumpulan penentang, Rosli Dhobi dan tiga ahli kumpulannya iaitu Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntung dihukum gantung sampai mati. 15 ahli Rukan 13 telah dipenjal-a­kan, malah Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak telah diharamkan walaupun mereka tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut

8. Tindakan British telah melemahkan Gerakan Antipenyerahan. Langkah-langkah susulan kumpulan ini turut mengalami kegagalan termasuklah gagal mendapatkan kerjasama Anthony Brooke. Akhirnya Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak bersetuju menamatkan penentangan.

Faktor-Faktor Kegagalan Gerakan Antipenyerahan Sarawak

1. Tidak menyeluruh

Gerakan Antipenyerahan tidak membabit keseluruhan Sarawak tetapi lebih kepada indakan kumpulan minoriti. Kegagalan untuk bertindak secara menyeluruh dangan mendapatkan sokongan padu rakyat Sarawak merupakan antara faktor kegagalan gerakan ini. Gerakan ini hanya mendapat sokongan sebilanaan kecil rakyat Sarawak di Kuching dan Sibu khususnya orang Melayu dan Orang Dayak.

2. Tiada Pemimpin Berwihawa

Pemimpin utama Gerakan Antipenyerahan ialah Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Selepas kematiannya tiada lagi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin Gerakan Antipenyerahan. Tambahan pula pemimpin Persatuan Belia Melayu (YMA) iaitu Datu Pahlawan Abang Haji Mustapha yang diianggap seorang pemimpin berwibawa telah menyokong penyerahan Sarawak kepada British. Ketiadaan pemimpin yang berwibawa mengakibatkan kegagalan Gerakan ini meneruskan perjuangan mereka secara berkesan.

3. Organisasi Tidak Tersusun

Gerakan Antipenyerahan disertai oleh bebarapa persatuan politik tetapi persatuan-persatuan ini bertindak secara bersendirian. Persatuan-persatuan tersebut gagal bersatu dalam sebuah organisasi yang besar dan tersusun agar penentangan yang lebih berkesan dapat dilakukan. Akibatnya British dapat menenkang kebangkitan kumpulan penentang ini dengan mudah.

4. Tindakan British.

Tindakan-tindakan yang diambil oleh British untuk menghapuskan penentangan ternyata berjaya melemah dan seterusnya mengagalkan Gerakan Antipenyerahan Sarawak. Tindakan-tindakan tersebut termasuklah mengeluarkan Pekeliling No. 9, menjalankan kempen memburuk-burukkan imej kumpulan penentang dan melaga-lagakan orang Melayu dangan orang Dayak. Selepas pembunuhan Duncan Stewart, British telah mengambil tindakan yang lebih tegas termasuklah menjatuhkan hukurnan gantung terhadap 4 orang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut. Manakala 15 ahli Rukun 13 lelah dihukum penjara dan Persatuan Kabangsaan Melayu Sarawak telah diharamkan.

Kesimpulan

Kegagalan Gerakan Antipenyerahan disebabkan tiadanya kerjasama yang kukuh dikalangan kumpulan penentang. Gerakan ini hanyalah bersifat minoriti dan bergerak aktif di Kuching dan Sibu serta membabitkan hanya orang Melayu dan Dayak. Walaupun Gerakan Antipenyerahan mengalami kegagalan tetapi merupakan manifestasi penduduk tempatan yang mempunyai kesedaran tinggi untuk menentang penjajah.

Rujukan:



1. Ong Loo CheA 2005- Sejarah STPM 94012. K.Lumpur. Pelangi. ms: 173-175

2. R.amlah Adam dil.,2004. Sejarah 13. K.Lumpur. DBP.ms:174-184

3. Mustapha KS, 2002, Sejarah Malaysia. Shah Al am. Federal. ms154-155

4. Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan STPM 2004 Negeri Kelantan

Friday, 2 December 2011

NOTA SEJARAH CIKGU AZMI

CUTI-CUTI BELAJAR SMK SULTAN YUSSUF [ TG 6RK1, 6RK3 & 6RK4 ]

SEJARAH MALAYSIA: NOTA 1



Aliran perjuangan dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua



Pengenalan

Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu telah wujud pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat dasar perluasan kuasa British. Ia merupakan tindak balas secara langsung penduduk kepada perubahan-perubahan yang dilakukan oleh penjajah British dari segi politik, sosial dan ekonomi, serta pengaruh gerakan nasionalisme semasa di negara-negara Asia dan Timur Tengah Pada dasarnya gerakan nasionalisme Melayu sebelum Perang Dunia Kedua terbahagi kepada tiga aliran perjuangan yang dipimpin oleh tiga golongan nasionalis yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza, iaitu aliran agama yang dipimpin oleh golongan reformis Islam berpendidikan Arab(1906-1926), aliran sekular berpendidikan Melayu (1927-1937), dan aliran birokrat berpendidikan Inggeris (1938-1941). Setiap aliran mempunyai matlamat dan cara perjuangan yang agak berbeza. Bagaimanapun kesemua golongan ini cuba membangkitkan kesedaran dan menyatukan orang Melayu untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris Sebaliknya kaum Cina dan India lebih menumpukan taat setia dan perhatian kepada gerakan nasionalisme di negara asal masing-masing.



Aliran reformis Islam berpendidikan Arab



Aliran reformis Islam atau Gerakan Islah Islam turut dikenali sebagai Kaum Muda. Aliran ini dipelopori oleh golongan reformis Islam berpendidikan Arab. Antara tokoh pemimpin Kaum Muda yang termasyhur ialah Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Hj. Abbas Mohamad Taha dan Sheikh Muhamad Salim al-Kalali.



Mereka mendapat inspirasi dari Gerakan Reformis Islam Timur Tengah yang diasaskan oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani yang tersebar dalam Majalah Al-Manar di Kaherah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.



Sekembalinya ke Tanah Melayu mereka mula menyampaikan ajaran Sheikh Muhammad Abduh dan konsep pan-Islamisme melalui akhbar Al-Imam yang diterbitkan di Singapura pada 22 Julai 1906. Al-Imam memainkan peranan penting sebagai saluran terawal perjuangan Kaum Muda.



Matlamat perjuangan Kaum Muda ialah ingin mengembalikan dan menegakkan kesucian agama Islam, menyeru orang Melayu bangkit dari kemunduran, memulihkan kepincangan sosio-ekonomi dengan cara kembali kepada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan hadis. Mereka ingin



Kaum Muda memperjuangkan beberapa pembaharuan demi kemajuan orang Melayu. Ini termasuklah gesaan agar Raja dan pembesar Melayu menjaga kepentingan, memajukan pendidikan dan sosio-ekonomi orang Melayu. Mereka menganjurkan sistem pendidikan agama dan pendidikan moden yang merangkumi pelbagai mata pelajaran akademik, menggalakkan penggunaan perkhidmatan bank dan syarikat kerjasama, penyertaan kaum wanita dalam pendidikan moden dan aktiviti kemasyarakatan, memurnikan cara hidup orang Melayu daripada kepercayaan tahyul dan khurafat serta amalan-amalan bidaah yang menghalang kemajuan.



Selain al-Imam, perjuangan Kaum Muda juga disebarkan melalui beberapa akhbar dan majalah lain iaitu Neracha, al-Ikhwan, Idaran Zaman dan Saudara.



Kaum Muda juga bergiat cergas dalam perbincangan-perbincangan agama dan aktiviti dakwah di sekolah-sekolah agama, madrasah dan masjid. Pada tahun 1907, Kaum Muda telah membantu menubuhkan Madrasah al-Ikbal al-Islamiyah di Singapura, diikuti beberapa madrasah lain di seluruh Tanah Melayu seperti Madrasah al-Hadi di Melaka (1915), Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang (1926), Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu, Kelantan (1917) dan Sekolah al-Diniah, Padang Rengas, Perak (1925).



Puisi, cerpen dan novel juga diterbitkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Syed Sheikh Ahmad al-Hadi misalnya telah menerbitkan beberapa karyanya seperti novel ‘Hikayat Faridah Hanum’ dan ‘Agama Islam dan Akal’. Melalui karyanya beliau memperjuangkan emansipasi wanita dan menggesa muda mudi Islam melengkapkan diri dengan tuntutan dunia moden. Omar Mustaffa telah menulis puisi dalam Utusan Melayu untuk menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan menyaingi kaum pendatang.



Perjuangan Kaum Muda mula merosot pada tahun-tahun 1920-an. Pergerakan nasionalisme ketika itu mula diambil alih oleh golongan sekular berpendidikan Melayu. Pada umumnya, perjuangan Kaum Muda gagal mewujudkan satu pergerakan massa dalam kalangan orang Melayu. Ini kerana perjuangan mereka mendapat tentangan hebat terutamanya dari Kaum Tua dan pihak British.



Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama konservatif dan pegawai agama yang berpegang kuat kepada adat dan enggan menerima idea islah Kaum Muda. Kaum Tua menerbitkan akhbar Suara Benar dan Lidah Benar untuk menentang idea Kaum Muda.



Gerakan Islah hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undang-undang telah dikuatkuasakan di Negeri-negeri Melayu yang menghalang kegiatan dakwah Islam tanpa kebenaran Sultan dan menghalang penyebaran risalah dan buku-buku Kaum Muda



Walau bagaimanapun perjuangan Kaum Muda tetap memberi sumbangan penting terutamanya merintis kebangkitan nasionalisme Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kaum Muda telah berjaya membangkitkan kesedaran kebangsaan dan memperjuang kan isu kemunduran orang Melayu berbanding kaum-kaum lain.



Aliran nasionalis sekular berpendidikan Melayu



Akibat daripada tekanan politik, ekonomi, kaum pendatang asing serta kemunculan golongan berpendidikan Melayu dan Inggeris telah membawa kepada kemunculan golongan nasionalis berfahaman sekular di Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1920-an.



Pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris (1922) di Tanjung Malim telah melahirkan golongan berpendidikan Melayu yang menitikberatkan keadaan sosio-ekonomi orang Melayu. MPSI telah menjadi tempat perkembangan kesedaran orang Melayu



Perjuangan golongan ini bersifat sederhana dan bertoleransi dengan pemerintah Inggeris. Kebanyakan mereka merupakan lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Raffles Intitution, Singapura. Antara tokoh pentingnya termasuklah Raja Chulan, Dato’ Abdullah Haji Dahlan, dan Mohammad Eunos Abdullah.



Perjuangan golongan ini memberi tumpuan kepada kedudukan sosial dan ekonomi orang Melayu. Mereka berusaha untuk mendapatkan peluang yang lebih kepada orang Melayu berkhidmat dalam perkhidmatan awam serta peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara khususnya Britain.



Dalam tahun 1926, Mohd Eunos Abdullah dengan bantuan Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh telah menubuhkan parti separuh-politik iaitu Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Fokus perjuangan KMS adalah untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu



Persaudaraan Sahabat Pena telah ditubuhkan pada tahun 1934 juga merupakan pertubuhan kebajikan sosial bagi memperjuangkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu. Isu-isu sosial, ekonomi dan politik orang Melayu juga dibangkitkan dalam akhbar seperti Pengasuh, Idaran Zaman, Lembaga Melayu dan Saudara



Dalam tahun-tahun 1920-an juga telah muncul golongan nasionalis radikal Melayu yang merupakan pelajar-pelajar yang menuntut di Kaherah, Mesir. Mereka telah menerbitkan majalah Seruan Azhar (1925-1928) dan Pilihan Timur. Golongan ini memperjuangkan konsep penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia dan nasionalisme anti-penjajah. Doktrin perjuangan mereka telah mempengaruhi sebilangan penuntut di MPSI.



Aliran birokrat Melayu berpendidikan Inggeris



Desakan oleh kaum asing terutamanya orang Cina menuntut hak-hak yang sama dengan orang Melayu dan kegiatan komunis dalam kalangan orang Cina membimbangkan orang Melayu



Kontroversi mengenai isu pengagihan kuasa pusat dalam tahun-tahun 1920-an dan kemelesetan ekonomi dunia (1929-1933) yang menekankan masalah kemunduran ekonomi orang Melayu telah mengakibatkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk melindungi hak-hak mereka



Perangan China-Jepun yang bermula tahun 1937 dan pemulauan barang-barang Jepun oleh penduduk Cina di Tanah Melayu juga mengukuhkan kesedaran politik orang Melayu. Di samping itu perkembangan kegiatan komunis dalam kalangan penduduk Cina di Tanah Melayu turut meningkatkan kebimbingan orang Melayu



Perkembangan ini mendorong pemimpin-pemimpin aristokrat berpendidikan Inggeris untuk menubuhkan beberapa persatuan kenegerian bersifat separa-politik bagi memperjuangkan konsep "Tanah Melayu Untuk Orang Melayu"



Persatuan Melayu Perak diasaskan pada tahun 1937, diikuti dengan Persatuan Melayu Pahang, Selangor, Negeri Sembilan pada tahun berikutnya manakala Persatuan Melayu Kelantan pada tahun 1939



Persatuan-persatuan negeri ini telah menganjurkan Kongres Melayu Tanah Melayu dalam tahun-tahun 1939 dan 1940 dengan tujuan memupuk perpaduan Melayu. Bagaimanapun usaha tersebut tergendala akibat serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dalam tahun 1941



Dalam tahun 1938 golongan nasionalis radikal berpendidikan Melayu di bawah pimpinan Ibrahim Hj Yaakob dan Ishak Hj. Muhammad telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebuah pertubuhan politik bersayap kiri. Pemimpin lain termasuklah Onan Hj. Siraj, Abdul Karim Rashid, Hj. Othman Abdullah, Hassan Manan dan Ahmad Boestamam.



Kebanyakan ahlinya terdiri daripada wartawan dan penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris, Sekolah Pertanian Serdang, dan Sekolah Teknikal, Kuala Lumpur. KMM dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme Indonesia yang memperjuangkan kemerdekaan bersama Tanah Melayu dan Indonesia menerusi konsep "Indonesia Raya" atau "Melayu Raya"



KMM telah mengembangkan idea-idea politik mereka melalui akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyebarkan perasaan anti-Inggeris dan membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang-orang Melayu. Akibatnya seramai 100 orang ahli KMM termasuk Ibrahim Yaakob dan Ishak Hj. Muhammad telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Inggeris pada akhir tahun 1941



Secara keseluruhannya perjuangan KMM gagal mendapat sokongan orang Melayu kerana gerakannya dianggap terlalu radikal manakala konsep penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia dianggap terkehadapan dan belum dapat diterima. Mereka juga gagal menyatakan taat setia kepada raja-raja Melayu serta bersedia menggulingkan Inggeris secara kekerasan dengan melancarkan revolusi. Sikap KMM yang anti-birokrasi juga menyebabkan pertubuhan itu sukar mendapat sokongan golongan birokrat yang mempunyai pengaruh kuat dalam masyarakat.



Nasionalisme orang Cina



Secara umumnya kegiatan politik orang Cina di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua masih berkiblatkan kepada perkembangan politik di negara China. Kebanyakan orang Cina masih menganggap negara China sebagai tanah air mereka dan menumpahkan taat setia kepada negara dan maharaja mereka. Bagi mereka, penghijrahan ke Tanah Melayu hanyalah bersifat sementara



Bagaimanapun minoriti masyarakat Cina keturunan Cina Baba turut menuntut hak-hak yang sama dengan orang Melayu sebagai penduduk Tanah Melayu. Tuntutan mereka disalurkan melalui Straits Chinese British Association yang ditubuhkan di Singapura pada 17 Ogos 1900 di bawah pimpinan Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Lian Seah



Nasionalisme orang India



Sebagaimana orang Cina, corak politik orang India lebih menumpukan kepada pergolakan dan perkembangan politik negara asal India. Mereka masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan tidak berhasrat untuk menetap terus di Tanah Melayu



Orang India hanya mula menumpukan perhatian serius terhadap perkembangan politik di Tanah Melayu setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua. Gerakan politik India pada awalnya disalurkan menerusi pertubuhan sosial dan kebajikan yang banyak ditubuhkan di bandar-bandar utama antara Persatuan India Taiping (1906), Persatuan India Selangor (1909) dan Persatuan India Singapura (1923).



Isu utama mereka berkisar kepada masalah perwakilan orang India dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Negeri. Manakala pertubuhan bercorak politik pertama orang India ialah Persatuan India Pusat (Central Indian Association of Malaya/CIAM) pimpinan Dr. A.M.Soosay. CIAM dapat dianggap pencetus kesedaran kebangsaan di kalangan orang-orang India di Tanah Melayu.



Kesimpulan

Perbincangan di atas menunjukkan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua telah berkembang secara beransur-ansur berdasarkan kaum-kaum terbesar Melayu, Cina dan India. Gerakan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu secara keseluruhannya diterajui oleh tiga aliran utama iaitu aliran reformis Islam berpendidikan agama, aliran nasionalis sekular berpendidikan Melayu, dan aliran birokrat Melayu berpendidikan Inggeris. Manakala gerakan politik orang Cina dan India masih berfokus kepada perkembangan nasionalisme di negara asal masing-masing. Bagaimanapun perjuangan golongan sederhana Melayu berpendidikan Inggeris telah meletakkan asas bagi penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 yang kemudiannya menerajui perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu lewat tahun-tahun1940-an dan 1950-an.



Dihantar oleh AZMI AHMAD di 4:46 PG
This home needs no introduction. Built in the 14th century, the castle is now a national monument and museum thanks to the legend surrounding it, which also needs no introduction. It has 57 rooms in total, including 17 bedrooms filled with antiques and historical artefacts. It wouldn’t do for the publicly shy Ira Rennert mentioned above, but for the quirkier billionaire, the 450 million tourists that visit every year may be worth it for living in Dracula’s castle.